Sabtu, 8 Oktober 2011

Tarikh Parlimen Bubar 24 April 2013-SPR

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata tarikh akhir bagi pembubaran Parlimen adalah pada 24 April 2013.
Timbalan Setiausaha SPR, Datuk Noordin Che Ngah berkata, kuasa Parlimen akan tamat pada tarikh tersebut secara automatik kerana tempoh yang diberikan mandat oleh rakyat telah berakhir.

"Tarikh pembubaran Parlimen bergantung kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Bagaimanapun sekiranya sehingga 24 April 2013, Parlimen masih tidak dibubarkan, maka secara automatiknya parlimen terbubar," katanya ketika berucap pada Majlis Penerangan Perdana Peringkat Negeri Kelantan di Terminal Agrobisnes Negara (TEMAN) dekat sini, Sabtu.

Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahamd Zahid Hamidi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. mstar
Siap sedialah untuk pergi mengundi ye...



2 ulasan:

Amy Amira berkata...

yahooooo aku x payah nak mengundi nanti masa umur aku dah 21 tahun ke atas masa PRU akan dtg nnt...yahoooooooo

FaKArePa!n berkata...

entri kita lbih kurang ler.. hihi