Selasa, 4 Oktober 2011

Gambar sedih janin yang sengaja di gugurkan

Mungkin ada yang dah tengok gambar-gambar mengenai penguguran bayi ini yang berlaku di negara jiran kita. Di sebabkan Ct dah dapat, nak jugalah share dengan mereka yang belum lihat lagi. Bila tengok gambar ini memang sedih. Bagi pendapat Ct ada juga kebaikkannya bila berlakunya kejadian penguguran ini di sana. Sebab apa...sebab nasib janin di sana lebih baik kerana di mandi,dikafan dan dikebumikan dengan sempurna. Berbanding janin atau bayi yang berada di Malaysia ini hanya di campakkan di sungai, tepi jalanraya, yang terbaru semalam bayi dicampakkan dari tingkat dua.

kalau u all sanggup tengok....rasa nak menitis air mata...
Sedih apabila mengenangkan nasib orang Islam di Singapura.Pengguguran anak di Singapura.........Just to share reality dunia skrg.

Kami keberatan menyiarkan gambar ini. Kami akui ia ngeri dan akan mengejutkan sebahagian pembaca. Tetapi setelah bebincang panjang, kami dengan berat hati memutuskan untuk menyiarkan gambar ini.

Kerana kami berpendapat dan berharap ia dapat menjadi pengajaran kepada semua terutama sekali mereka yang berniat untuk menggugurkan anak, atas apa jua sebab dan alasan... Setengahnya masih merah darah dan sebahagian lagi telah bertukar kepada merah birat akibat telah beberapa hari terperap dalam rumah mayat.


Suatu yang pasti, setiap beg plastik mengandungi sekujur tubuh kecil terkulai layu berlumuran darah. Nama ibu, nombor kad pengenalan dan tarikh pengguguran tertera pada kad hijau yang disertakan bersama.

16 janin yang berusia antara dua minggu dengan enam bulan. Air mengalir merah apabila janin dimandikan bersama urinya sebelum dikafan, disembahyangkan(gambar sisipan) dan kemudian dikebumikan dalam dua liang kubur di Pusara Abadi dekat Lim Chu Kang.Kami & krew TV3 sempat menyaksikan suasana menyayat hati itu dibilik mandi mayat Masjid Pusara Aman baru-baru ini.

Namun tidak mendapat kelulusan utk tayangan dari pihak atasan atas pelbagai alasan....
Kesemua janin, Melayu/Islam itu baru saja diambil pegawai Persatuan Derma Amanah Muslimin (MTFA) dari tiga buah hospital setempat.
Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kandang Kerbau (KKH), Hospital Besar Singapura (SGH) dan
Hospital Universiti Nasional (NUH). Janin-janin itu tidak dituntut oleh ibu yang mengandungkan mereka selepas menjalani pengguguran di hospital- hospital tersebut.

Sumber maklumat yang sah...saya hanya ingin berkongsi dengan semua...

7 ulasan:

Mila@Rimbun berkata...

sedihnya... masih ramai yang ternanti nak menimang cahaya mata tp ada antara kita yang membunuhnya

Munn Jaafar berkata...

yaAllah...xtau nak kata apa...

YouSOF berkata...

Tak sampai hati nak tengok lama²...



Semoga kes macam ni memberi pengajaran kepada kita..

ct N honey berkata...

@Mila@Rimbun
kalau kat sana agaknya mereka tak kisah buat ni,maklumlah orang islam x ramai

ct N honey berkata...

@Munna
itulah kenyataannya,senang betul mereka gugurkan bayi yg x berdosa

ct N honey berkata...

@YOUsoF
hrp mcm tu lah terutama kepada remaja sekarang ini

Unknown berkata...

dia adalah penghuni surga,,,