Ahad, 16 Oktober 2011

Jamal Abdillah disahkan bebas ketagihan dadah

Raja Pop, Jamal Abdillah disahkan bebas sepenuhnya ketagihan dadah tetapi memilih terus tinggal di Rumah Pengasih sehingga bersedia untuk menghadapi kehidupan di luar, kata Presiden Persatuan Pengasih Malaysia (PENGASIH), Datuk Yunus Pathi.
Katanya, meskipun Jamal sudah mendapat rawatan pemulihan di Rumah Pengasih selama lima tahun, dia akan tetap dibantu dan dibenarkan untuk terus tinggal di situ.
“Kita akan bantu dia. Mungkin dia takut menjalani kehidupan di luar kerana bimbang terbabit semula dengan dadah. Jamal adalah harta negara, jadi bila dia minta terus tinggal di Rumah PENGASIH, tak akan kita hendak tolak pula walaupun dia sebenarnya layak duduk di luar. Apabila ditanya kepadanya, dia hanya memberitahu yang dirinya masih belum bersedia,” katanya selepas Majlis Graduasi PENGASIH keempat, di sini semalam.
Beliau berkata, selepas lulus temuduga dijalankan bagi menilai tahap pemulihan, Jamal juga sepatutnya layak menerima sijil pengiktirafan namun beliau tidak dapat hadir kerana ada undangan menyanyi di Kedah.

5 ulasan:

rebellion berkata...

baguslah tu abang jamal, semoga berterusan

Puan Kutu berkata...

baguslah..sbb ssh nak berenti sbb dia dah lama ambik benda tu..

SYaMiLa berkata...

kuatkan semangat...

FaKArePa!n berkata...

Alhamdulillah..

puanbee berkata...

kesian dia , nasib ada kesedaran ..allhamdulillah

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/