Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, MyKad baru itu dapat menangani isu pemalsuan MyKad serta masalah berkaitan kualiti dan ketahanannya terutama berkenaan kualiti cip yang sering dibangkitkan oleh sesetengah pihak.
"MyKad dengan struktur baru ini lebih berkualiti dan menepati ciri-ciri keselamatan, sesuai dengan peredaran waktu, keadaan dan cabaran pada masa depan," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Semberong berkata demikian selepas menghadiri majlis pelancaran pengeluaran MyKad Satu Hari di JPN Kluang dan pengeluaran MyKad dengan strukur baru.
Hishammuddin berkata, MyKad baru itu diperbuat daripada bahan "polycarbonate" yang lebih tahan serta mengaplikasikan teknologi turisan laser pada permukaan kad.
Katanya, MyKad baru itu juga menggunakan cip baru yang telah diuji ketahanannya di Sirim dan makmal semi-konduktor yang diiktiraf.
"Dengan pengeluaran MyKad baru ini juga, ia akan dapat memudahkan lagi urusan harian orang ramai yang menggunakan MyKad," katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Ketua Pengarah JPN, Datin Jariah Mohd Said.
Beliau berkata, pemohon baru akan diberikan MyKad baru mulai tahun depan, manakala pemegang MyKad lama boleh menukar kad lama mereka dengan yang baru.
Pengeluaran MyKad baru itu merupakan usaha berterusan JPN untuk memperbaiki perkhidmatannya, selaras dengan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah digariskan oleh Kementerian Dalam Negeri, katanya.
Hishammuddin berkata, JPN juga akan meneruskan program 'Outreach' menggunakan unit-unit bergeraknya untuk mengesan rakyat Malaysia yang masih tidak memiliki MyKad terutama yang tinggal di kawasan pedalaman.
Mengenai pengeluaran MyKad Satu Hari di JPN Kluang, beliau berkata JPN Kluang merupakan pejabat JPN ketiga selepas Kuching dan Melaka yang menyediakan perkhidmatan itu.
Hanya pejabat JPN yang memiliki keupayaan sistem hubungan terus dengan ibu pejabat dengan ciri-ciri keselamatan akan dipertimbangkan untuk menawarkan perkhidmatan itu, katanya.
"Kita tidak akan terburu-buru untuk memperluaskan perkhidmatan itu di semua pejabat cawangan JPN seluruh negara," katanya mstar

1 ulasan:
bagus2.hehe
Catat Ulasan