Sabtu, 15 Oktober 2011

Promo dan Sinopsis Drama bersiri Nilapura-Slot Aksi TV3

Bermula 31 Oktober ini, satu lagi drama yang mengantikan Supermark muncul dalam Slot Aksi TV3 menerusi drama bersiri epic, bertajuk Nilapura. Akan bersiaran setiap hari Isnin pada pukul 9.00 mlm.
Menceritakan tentang kisah Puteri Ratna Emas Lela lakonan Jue Aziz yang merupakan puteri bongsu Raja Bumida Bimasakti yang berjiwa rakyat dan gemarkan kerja amal. Puteri Ratna Emas dipaksa berkahwin dengan Putera Rangga lakonan pendatang baru, Amar Ashaf Zailuddin yang suka berfoya-foya.
Demi kasih sayangnya terhadap negara sendiri, dia sanggup berkorban berkahwin atas dasar diplomatik antara negaranya dan negara Nilapura.
Sinopsis Drama bersiri Nilapura
Putera Rangga (Amar Asyraf) merupakan anak kedua kepada Sultan Zainal Abidin dari negara Nilapura. Setelah abangnya, Raja Murtaza dibunuh dalam peperangan, Rangga menjadi harapan tunggal bagi ayahandanya untuk mewarisi takhta. Namun, Rangga merupakan seorang yang suka berfoya-foya dan sering mengabaikan tanggungjawabnya.

Rangga mempunyai hubungan sulit dengan Ulia, isteri kedua kepada Pembesar Sata, pegawai tinggi dalam kerajaan Nilapura. Selepas Rangga ditangkap oleh pengawal Pembesar Sata ketika memanjat keluar dari bilik Ulia, Sultan Zainal Abidin bertitah untuk mengahwinkan Rangga kepada anak Raja Bumida Bimasakti. Rangga terpaksa menurut titah ayahandanya walaupun tidak rela hati.

Puteri Ratna Emas Lela (Jue Aziz) pula merupakan puteri bongsu kepada Raja Bumida Bimasakti yang berjiwa rakyat dan gemar melakukan kerja-kerja amal. Ratna sangat rapat dengan Dindra (Ryzal Jaafar), seorang pengawal diraja. Bagi menjaga kepentingan negaranya, Ratna sanggup mengetepikan perasaan cintanya terhadap Dindra dan bersetuju dengan perkahwinan diplomatik yang diaturkan.

Walaupun Ratna cuba berbaik dengan Rangga tetapi Rangga masih meneruskan hubungan dengan Ulia serta mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan bakal pemerintah negara Bimasakti. Maka, Ratna terpaksa menggalas tanggungjawab tersebut untuk memerintah Bimasakti.

Hubungan Ratna dengan Rangga mula berubah selepas Rangga diserang hendap oleh Ghulam untuk merampas kuasa. Rangga menjadi lumpuh dan terpaksa merawat di istana Bimasakti. Dalam kesibukan untuk mentadbir negaranya, Ratna harus bertolak ansur dengan perangai suaminya yang degil dan kuat mengamuk. Akhirnya, Rangga terharu dengan kebaikan Ratna dan mula menguatkan semangat untuk sembuh. Rangga mula menyukai Ratna dan berasa cemburu dengan Dindra.

Rangga telah ditabalkan sebagai pemerintah negara Bimasakti dan mula menjalankan tanggungjawabnya. Apakah cabaran yang sedang menanti Rangga? Bagaimanakah Rangga berhadapan dengan musuhnya? Apakah kesudahan bagi cinta tiga segi antara Rangga, Ratna dan Dindra? budiey.com

Nantikan kemunculan NILAPURA di slot Aksi, mulai 31 Oktober 2011, setiap hari Isnin jam 9.00malam,di TV3!

Nilapura membariskan pelakon hebat tanah air antaranya Jue Aziz, Ryzal Jaafar, Amar Asyraf, Memey Suhaiza, Ramli Hassan, Zarina Zainuddin, Rosnah Johari, Razib Salimin, Adam Shah, Hilal Azman dan Ramona Zam Zam.


Biodata Amar Ashaf Zailuddin
Amar Ashaf Zailuddin bekas pelajar Aswara. Berasal dari Melaka. Lahir pada November 15, 1986.Aktif dalam teater. Berlakon dalam drama terbaru Dahlan Steady (Astro), Kasih Najihah, Dia Bukan Mariam dan Kitab Cinta (arahan Erma Fatima).Filem pertama nya ialah Penunggu Istana.

1 ulasan:

puanbee berkata...

oo ct cepatnya alert ..supermak dah nak habis ye , jarang tengok