Sabtu, 1 Oktober 2011

SKMM sekat sesawang hina Islam (Enam web ajaran sesat sudah dikesan)

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesan sekurang-kurangnya enam laman sesawang yang didapati terbabit menyebarkan ajaran sesat hasil pemeriksaan dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.

(gambar hiasan) Sedutan dalam filem Hantu Bonceng yang di katakan menghina islam

SKMM dalam jawapan e-mel kepada Berita Harian berkata, enam laman sesawang itu sudah disekat selain 23 laman yang dikenakan tindakan sama pada tahun lalu selepas menerima aduan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
“SKMM mengambil langkah untuk menyekatnya berdasarkan Seksyen 263 (2), AKM 1998. Kami juga bekerjasama dengan pemberi perkhidmatan rangkaian sosial untuk memadamkan mana-mana profil yang didapati menghina Islam atau memainkan sentimen perkauman pada kadar segera. SKMM menerima sebanyak 383 aduan berkaitan laman sesawang dalam tempoh Januari hingga Julai lalu dengan 95 peratus daripada aduan itu didapati membabitkan kandungan yang bersifat lucah, mengancam, jelik, palsu dan sumbang. Pada masa ini, siasatan dan tindakan yang diambil oleh SKMM adalah berdasarkan peruntukan AKM 1998 yang melarang pemberian apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain,” katanya.
Ia berkata sekatan itu adalah langkah paling praktikal bagi menghalang capaian di kalangan rakyat tempatan terhadap kandungan yang menyalahi undang-undang syariah memandangkan pelayan kepada laman sesawang itu dikesan beroperasi di luar negara.

Difahamkan, sebahagian besar laman sesawang yang dilaporkan JAKIM kepada SKMM itu membabitkan kegiatan ajaran tarikat atau perubatan alternatif yang menyalahgunakan ayat al-Quran serta fahaman yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah termasuk Syiah. 

Secara keseluruhannya, sebanyak 363 laman sesawang dikenakan tindakan oleh SKMM dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini kerana kandungannya mengandungi unsur lucah, palsu, mengancam dan sumbang.

Daripada jumlah itu, 216 dikenakan tindakan sekatan dengan kerjasama pembekal perkhidmatan, 70 lagi aduan penyalahgunaan kepada moderator sesawang; 57 kes diberi notis amaran; manakala lapan kes masing-masing dalam penelitian dan penguatkuasaan sementara empat kes diserahkan kepada Forum Kandungan.

SKMM berkata 14 kes lagi selepas disiasat didapati tidak melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998). bharian

Terkini-JAKIM sahkan Dialog Hantu Bonceng tidak persendakan Nabi Muhammad


3 ulasan:

ika berkata...

ooo...bru taw..

roha berkata...

bgusla dh ad tndakan..

Omar berkata...

Tindakan yang ditunggu-tunggu...

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/