Isnin, 14 November 2011

Astro Dapat Hak Siar Majlis Perkahwinan Lisa Surihani & Scha

Dua perkahwinan gemilang artis popular tanah air, Scha Alyahya,28 dan Lisa Surihani,25, dengan pasangan masing-masing bakal berlangsung tahun depan dan Astro difahamkan mendapat hak eksklusif untuk menyiarkan majlis perkahwinan itu.

Lisa dan Scha bakal berkahwin tahun depan
Mengikut sumber, majlis perkahwinan Lisa Surihani dan Yusri Abdul Halim, akan berlangsung sekitar hujung Februari 2012 diikuti Scha dan kekasihnya Awal Ashaari, sekitar Mac. Difahamkan Astro sedang rancak membuat persiapan menjelang majlis penuh gilang-gemilang pasangan popular itu. Beberapa artis dikatakan sudah dipanggil untuk membuat persembahan.

Namun Lisa dan Scha yang juga personaliti Wajah Eksklusif Astro cukup berahsia dan mengunci mulut apabila persoalan ini diajukan kepada mereka.

"Setahu Lisa hingga setakat ini, Yusry belum rancang masuk meminang. Insya-allah apabila semuanya sudah sah dan menjadi seperti dirancang, pasti kami umumkan cerita gembira ini",kata Lisa.

"Cuma kalau ditanya bab tarikh atau mengenai spekulasi tarikh ini, Scha sendiri tak boleh nak mengesahkannya kerana hal kahwin ini membabitkan banyak pihak termasuk keluarga. Kemungkinan untuk kami berkahwin tahun depan itu ada. Tetapi lebih manis jika persoalan ini diajukan kepada pihak Awal", kata  pelakon drama Kelass Kau Maria itu.
Gambar terbaru Awal dan Scha di Majlis Resepsi Dira dan Helmi 
Tak sabar pula nak tengok majlis mereka nanti, mesti gempak.....
Dipetik dari Berita Minggu 13 Nov 2011
Dapatkan buku bacaan untuk kanak-kanak dan remaja seperti novel, komik,carilah di PTS

4 ulasan:

FaKArePa!n berkata...

laa.. nak kawen dah ke..

MuniRAH Kadir berkata...

sweet je tg awl dan scha ni

puanbee berkata...

laa yg lelaki tk meminang lagi acener nak kawin

IntaNBerliaN berkata...

sk tgk awal & scha..

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/