Ahad, 20 November 2011

Gambar Majlis Pertunangan dan Pernikahan Ezlynn & Adam-Dilakukan pada hari yang sama

Dengan hanya sekali lafaz, penyanyi yang pernah popular menerusi lagu 'Hi Hi Bye Bye' Ezlynn, 30, kini sah bergelar isteri kepada Adam Fahmy Shamsudin, 35, yang juga pengurus peribadinya tepat jam 5.55 petang tadi.
Ezlynn yang anggun mengenakan busana rekaan Oscar Jeprey menerima wang hantaran sebanyak RM 20,020.20, mas kahwin RM 80, beserta lima dulang hantaran dan membalas dengan tujuh dulang hantaran daripada pihak perempuan.


Gambar dari REDPhotography.
  
Ezlynn dan Adam di majlis pernikahan mereka
Pelamin pertunangan Ezlynn dan Adam
 Ezlynn menerima wang hantaran sebanyak RM 20,020.20 dan mas kahwin RM 80

Sebelum diijabkabulkan,terlebih dahulu pasangan yang mula berkenalan sejak 2005 ini disatukan dalam majlis pertunangan yang serba ringkas tepat jam 3.50 petang.
Ezlynn dimajlis pertunangannya
Ezlynn bertunang dan bernikah pada hari yang sama




Pelamin pernikahan Ezlynn dan Adam dari CheDet
"Alhamdulillah,hari ini saya berasa sangat gembira kerana hari yang dinanti telah tiba dan semuanya berjalan lancar.

" Jujurnya, selepas kami tetapkan hari untuk bernikah, saya sudah tidak sabar untuk bergelar isteri. Ini adalah pencapaian terbaik bagi seorang wanita," ujar Ezlynn seusai majlis pernikahannya.

Majlis pernikahan tersebut disempurnakan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, En Ariffin bin Alang dengan disaksikan oleh Ustaz Muhammad Ridwan Mohd Yunus, Jurunikah Masjid Sg.Penchala.

Majlis pertunangan dan pernikahan Ezlynn diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Gambar dari  mediahiburan.com dan REDPhotography.


2 ulasan:

cik ika berkata...

da kawen da dye,,

aien hermionie berkata...

a'ah dah kawin pown..

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/