Ezlynn yang anggun mengenakan busana rekaan Oscar Jeprey menerima wang hantaran sebanyak RM 20,020.20, mas kahwin RM 80, beserta lima dulang hantaran dan membalas dengan tujuh dulang hantaran daripada pihak perempuan.
Gambar dari REDPhotography.
Ezlynn dan Adam di majlis pernikahan mereka |
Pelamin pertunangan Ezlynn dan Adam |
Ezlynn menerima wang hantaran sebanyak RM 20,020.20 dan mas kahwin RM 80 |
Sebelum diijabkabulkan,terlebih dahulu pasangan yang mula berkenalan sejak 2005 ini disatukan dalam majlis pertunangan yang serba ringkas tepat jam 3.50 petang.
Ezlynn dimajlis pertunangannya |
Ezlynn bertunang dan bernikah pada hari yang sama |
Pelamin pernikahan Ezlynn dan Adam dari CheDet |
" Jujurnya, selepas kami tetapkan hari untuk bernikah, saya sudah tidak sabar untuk bergelar isteri. Ini adalah pencapaian terbaik bagi seorang wanita," ujar Ezlynn seusai majlis pernikahannya.
Majlis pernikahan tersebut disempurnakan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, En Ariffin bin Alang dengan disaksikan oleh Ustaz Muhammad Ridwan Mohd Yunus, Jurunikah Masjid Sg.Penchala.
Majlis pertunangan dan pernikahan Ezlynn diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
2 ulasan:
da kawen da dye,,
a'ah dah kawin pown..
Catat Ulasan