Jumaat, 11 November 2011

Sinopsis Telefilem Tudung Tweet TV9-Terbitan Mermaid Studios Milik Liyana Jasmay

DARIPADA pelakon kemudian menjadi penyanyi, Liyana Jasmay bergelar penerbit pula dengan projek pertamanya ialah menerbitkan telefilem untuk sebuah stesen TV.



Telefilem bertajuk Tudung Tweet ini diterbitkan syarikat produksi miliknya, Mermaid Studios sudah selesai menjalani penggambaran yang dimulakan 3 Oktober lalu. Bukan sekadar berlakon, tetapi Liyana turut membintangi telefilem ini dengan memegang watak sebagai Zubaidah.

Penggambaran Tudung Tweet dijalankan di sekitar Kuala Lumpur seperti di Wangsa Maju, Melawati dan lokasi utamanya di Asia E University.

Sinopsis Telefilem Tudung Tweet
Telefilem menarik arahan Ghaz Abu Bakar ini mengisahkan tentang kehidupan pelajar di kolej yang inginkan perhatian. Zubaidah merupakan seorang pelajar kolej yang sanggup membuat apa sahaja supaya mendapat perhatian ramai. Liyana Jasmay yang memegang watak Zubaidah, berasa iri hati terhadap Marissa, lakonan Juliana Evans, yang dianggap saingannya. Marissa merupakan bukan sahaja bijak dari segi komunikasi dan penampilan, malahan ramai gadis di kolej ingin menjadi sepertinya dan menganggapnya sebagai idola.

Situasi ini membuatkan Zubaidah bertambah iri hati dan bertindak mencetuskan spekulasi di laman sosial terhadap Marissa. Apatah lagi ramai jejaka yang ingin menjadi teman Marissa. Pelbagai perubahan dilakukan oleh Zubaidah untuk menyaingi Marissa sehinggalah suatu hari, Zubaidah melakukan sesuatu yang tidak diduga semasa menghadiri kuliah pengajian Islam dan mendapat perhatian ramai! Telefilem mesti tonton ini pastinya menghiburkan anda seisi keluarga. budiey.com

'TUDUNG TWEET' akan ditayangkan pada 16 NOV 2011, di TV9. Pelakonnya ialah Liyana sendiri, Juliana Evans, Izzue Islam, Afiq Muiz, Natasha Hudson dan ramai lagiii!!

2 ulasan:

NisaAdnan berkata...

best best wajib tgk. heee ^^

Razil Tahir berkata...

nape takde time n tarikh?
camne nak tengok nie...??
hmm...

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/