Bayaran bantuan persekolahan sebanyak RM100 kepada setiap pelajar di negara ini seperti yang diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2012, akan disalurkan kepada akaun sekolah masing-masing serta-merta.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bagi pelajar di Sabah dan Sarawak, bayaran akan dibuat selewat-lewatnya minggu depan.
Bagaimanapun bantuan persekolahan itu akan disalurkan kepada pelajar tahun satu hingga tahun lima, dan dari tingkatan satu hingga tingkatan empat bagi sesi persekolahan 2011.
Sementara pelajar tahun satu dan tingkatan satu sesi persekolahan 2012, pembayaran bantuan persekolahan akan dibayar pada Januari tahun depan bagi memastikan pelajar sudah mendaftar di sekolah masing-masing bagi memudahkan pembayaran, kata Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran.
"Bila (pelajar tahun satu dan tingkatan satu) sudah masuk sekolah, baru bayar. Kalau bayar awal, takut ada perubahan sekolah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis “Menteri Pelajaran bersama warga pensyarah dan pelajar matrikulasi Kolej Matrikulasi Selangor” di kolej itu di sini hari ini.
Muhyiddin berkata, sekolah akan menguruskan pengagihan wang itu kepada ibu bapa atau pelajar.
Tiket percuma ke UEFA EURO 2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan