Rabu, 2 November 2011

Trailer dan Sinopsis Filem 3 Temujanji

Filem 3 Temujanji akan menemui penonton pada 5 April 2012. Menurut pengarah Hashim Rejab, filem 3 Temujanji ini bergenrekan romantik komedi dimana beliau ingin membawa para penonton untuk melayan sambil dibuai perasan cinta, romantik dan sebagainya ketika menonton filem ini nanti.
Sinopsis Filem 3 Temujanji
Filem 3 Temujanji “mengisahkan seorang wanita bernama Reanna yang tidak mempercayai lelaki dan cinta dalam hidupnya. Prinsip Reanna mudah, cinta hanya membawa sengsara dan semua lelaki sama saja tak guna. Hal ini menyebabkan Reanna menetapkan setiap hubungannya dengan lelaki tidak akan lebih dari tiga temujanji sahaja. Selepas tiga temujanji, mereka akan berpisah dan tidak akan berhubungan lagi. Dengan cara ini Reanna percaya yang dia akan dapat menikmati keseronokan bercinta tanpa perlu sengsara.

Segala-galanya berubah apabila muncul Mikhail, seorang lelaki yang sangat teruja dengan perkahwinan ke dalam hidup Reanna. Mikhail yang kecewa ditinggalkan kekasihnya, Adira, memilih untuk bersama Reanna untuk tiga temujanji. Sikap Mikhail yang jauh berbeza dari lelaki lain, temujanji-temujanji yang lain dari yang lain serta hadiah istimewa yang diterimanya setiap kali bertemujanji menyebabkan Reanna gagal menahan hatinya lalu jatuh cinta.

Adakah ini kesudahan cerita cinta Reanna?? Mampukah Mikhail mengubah perspektif Reanna terhadap percintaan?

Pelakon Filem 3 Temujanji terdiri dari Yana Samsuddin, Pierre Andre, Kamal Adli dan Diana Amir serta pelakon baru yang kini meningkat naik iaitu Wawa Zainal, Nuremy, Fyza Kadir dan Liyana Rafiai. iretis.com

Tiada ulasan: