Khamis, 1 Disember 2011

Diskaun Hingga 80%-RM63 Untuk 5 Judul Di Fiesta Buku kompleks Kumpulan Media Karangkraf

Khas untuk peminat tegar buku dan novel keluaran Grup Buku Karangkraf. Kini anda berpeluang menikmati harga runtuh hingga 80 peratus diskaun sepanjang Fiesta Buku bermula 2 hingga 4 Disember ini di pekarangan kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di Seksyen 15.
Fiesta anjuran Grup Buku Karangkraf itu diadakan setiap tahun sebagai penghargaan kepada orang ramai mendapatkan buku dan novel dengan harga istimewa. Setiap buku dan novel keluaran Alaf 21, Buku Prima dan Karya Bestari dijual dengan harga gudang dan menawarkan diskaun dari 10 peratus sehingga 80 peratus untuk buku baru dan lama.

Selain jualan buku dan novel, orang ramai turut berpeluang bertemu penulis novel yang didatangkan khas di Fiesta Buku tersebut.

 Bagi memudahkan orang ramai memilih buku dan novel kegemaran mereka, penganjur menyediakan lima khemah di pekarangan Kompleks Kumpu­lan Media Karangkraf. Selain itu, minuman percuma untuk orang ramai turut disediakan.

Lebih 1,500 judul buku dan novel bakal dijual sepanjang fiesta dan 50 peratus daripadanya adalah buku dan novel baru keluaran tahun ini. Fiesta Buku Karangkraf akan bermula seawal 9 pagi sehingga 6 petang dengan menampilkan pelbagai koleksi buku dan novel baru serta lama untuk kanak-kanak, remaja dan dewasa.


8 ulasan:

kakchik@ella berkata...

yeay .. nak pegi.

teratai berkata...

best ini kalu dpt gi...

Jendela Hati berkata...

mau ilang ingatan sekejap kalau dpt gi

ct N honey berkata...

@Jendela Hati
Ha..ha.ha..jangan lupa jln balik udah lah,..

ct N honey berkata...

@kakchik@ella
nanti bolehlah borong,mesti rambang mata tgk cite yg best2...

ct N honey berkata...

@teratai
klu ada peluang bolehlah pegi,tak lama,3 hari aje

Nelly The Strange berkata...

aiseymann !! mesti best !
:)

ct N honey berkata...

@Nelly The Strange
untuk yg minat cari novel terbaru boleh lah gi...

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/