Fiesta anjuran Grup Buku Karangkraf itu diadakan setiap tahun sebagai penghargaan kepada orang ramai mendapatkan buku dan novel dengan harga istimewa. Setiap buku dan novel keluaran Alaf 21, Buku Prima dan Karya Bestari dijual dengan harga gudang dan menawarkan diskaun dari 10 peratus sehingga 80 peratus untuk buku baru dan lama.
Selain jualan buku dan novel, orang ramai turut berpeluang bertemu penulis novel yang didatangkan khas di Fiesta Buku tersebut.
Bagi memudahkan orang ramai memilih buku dan novel kegemaran mereka, penganjur menyediakan lima khemah di pekarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf. Selain itu, minuman percuma untuk orang ramai turut disediakan.
Lebih 1,500 judul buku dan novel bakal dijual sepanjang fiesta dan 50 peratus daripadanya adalah buku dan novel baru keluaran tahun ini. Fiesta Buku Karangkraf akan bermula seawal 9 pagi sehingga 6 petang dengan menampilkan pelbagai koleksi buku dan novel baru serta lama untuk kanak-kanak, remaja dan dewasa.
8 ulasan:
yeay .. nak pegi.
best ini kalu dpt gi...
mau ilang ingatan sekejap kalau dpt gi
@Jendela Hati
Ha..ha.ha..jangan lupa jln balik udah lah,..
@kakchik@ella
nanti bolehlah borong,mesti rambang mata tgk cite yg best2...
@teratai
klu ada peluang bolehlah pegi,tak lama,3 hari aje
aiseymann !! mesti best !
:)
@Nelly The Strange
untuk yg minat cari novel terbaru boleh lah gi...
Catat Ulasan