Selasa, 6 Disember 2011

Drama Bersiri Gemersik Kalbu Slot Akasia TV3

Siapa yang minat membaca Novel, terutama Novel Cinta, mesti sudah kenal dengan nama penulis ini. Beliau yang dimaksudkan ialah Anis Ayuni. Salah satu Novel yang terlaris jualannya ialah Novel yang berjudul Gemersik Kalbu yang telah dijual pada 2005.
Oleh kerana kepopularannya itu, satu drama telah diadaptasikan dari Novel Gemersik Kalbu menjadi Drama Bersiri. Drama itu masih mengunakan judul yang sama 'Gemersik Kalbu'.

Drama Gemersik Kalbu  ini akan mengantikan Drama bersiri Tentang Dhia.

Drama Bersiri Gemersik Kalbu akan memulai siarannya pada 26 Disember 2011 sebanyak 26 episod, dalam Slot Akasia di TV3. Penerbitnya ialah Global Station.

Movie lovers, wanna win some IMAX® ?

Sinopsis GEMERSIK KALBU

Raihana... pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja .

Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya... bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!

Sufian... cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah... semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.

Tackle those daily activities with MSFamily

Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun hatiku tidak serapuh salju!

Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu. Di manakah titik pertemuan mereka?

Pelakon Drama Bersiri Gemersik Kalbu terdiri dari Ayu Raudah,Aqasha,Neelofa,Faradhiya dan diarahkan oleh Feroz Kader.

1 ulasan:

Nur berkata...

Oh, nak abis dah cerita tentang Dhia tu ya.