Majlis Resepsi Ezlynn dan Adam Fahmy ditaja Rafflesia |
Aturcara Majlis Resepsi itu nanti akan diadakan bacaan doa dan surah Yassin, dan ramai juga saudara-mara akan dijemput dari pihak Ezlynn dan pihak suaminya. Dengarnya ini adalah syarat yang dikenakan oleh Ezlynn kepada pihak Rafflesia. Selain itu, Ezlynn juga mahu hadiahkan tetamu-tetamu muslim dengan surah Yassin. Mungkin Ezlynn tidak mahu timbul kontraversi pula nanti seperti majlis resepsi yang ditaja dulu oleh Rafflesia.
Di samping itu, Neelofa yang terkenal dengan perniagaan Neelofa Heels nya itu akan mereka bentuk kasut yang dipakai Ezlynn untuk majlis itu nanti. Gaun pengantin yang di taja Rafflesia akan direka oleh Sya Shaharani. Sharifah Mariam Syed Mohd akan mereka Tail dan Liza Azulkarnain pula mereka Veil. Gaun akan bertatahkan mutiara hitam Tahiti dan mutiara putih Laut Selatan, dan harga gaun diberitahu akan mencecah RM 400,000. Barangan kemas dikatakan bernilai RM 3 – 4 juta manakala sebutir mutiara katanya mencecah RM 80,000.
Gambar penaja Majlis Resepsi Ezlynn dan Adam Fahmy |
Manakala persalinan untuk Adam, akan di reka oleh Kevin daripada Lords's Taylor. Menjanjikan sepasang kot warna keemasan penuh bergaya, yang mana butang dan cufflink bertakhtakan mutiara.
Gaun kedua yang akan digayakan Ezlynn nanti, pihak Rafflesia sedang berusaha untuk mendapatkan gaun perkahwinan daripada pereka fesyen Eropah.
Ini kerana lebih sesuai dengan tema perkahwinan mereka yang berkonsepkan Mediteranean dan Musim Luruh Sepanyol. Gaun kedua ini juga akan digayakan dengan barangan kemas mutiara yang
berharga kira-kira RM4 juta.
Untuk menghidupkan lagi suasana Mediterranean itu, khidmat kepakaran dekorator Che Det di gunakan untuk menghiasi segenap ruang ballroom. Menurut Che Det, dia akan menggunakan replika istana Sepanyol sebagai simbolik. Serta penggunaan ranting yang banyak serta daun-daun berguguran berwarna coklat keemasan. Juga kerusi chambery yang direka khas berwarna emas metalik.
Tak cukup dengan itu, kek perkahwinan juga akan bertakhtakan mutiara dan setakat ini kosnya masih belum di dedahkan pihak Rafflesia.
Pada malam itu nanti, semua tetamu yang hadir diwajibkan untuk memakai pakaian berwana emas (gold).
Selain mengadakan majlis resepsi yang ditaja Rafflesia Pearl Wedding, pasangan ini juga merancang sebuah lagi resepsi untuk sanak-saudara dan teman-teman rapat. Majlis yang dijadualkan pada 20 Januari itu memilih konsep tradisional untuk dekorasi dan busana pengantin.sumber & sini

1 ulasan:
syoknye org taja
Catat Ulasan