Sabtu, 21 Januari 2012

Gambar Pertunangan Sharif SleeQ & Malaque Mahdaly

Setelah kontroversi perhubungan dia dengan penyanyi Malaysia Amanda Imani tercetus bulan lalu, Syarifullah Ahmad atau dikenali sebagai Sharif dari kumpulan SleeQ, telahpun membuka lembaran baru dengan tunangnya, Malaque Mahdaly, bekas peserta Singapore Idol musim ketiga.

"Percintaan saya dengan Malaque masih teguh dan sebab itu kita memutuskan untuk bertunang. Bagi saya memang adat perhubungan cinta mesti ada cabarannya. Tapi saya yakin dengan cinta kita dan mahu melangkah lebih jauh bersamanya", kata Sharif tentang pertunangannya yang berlangsung 1 Januari lalu.

Sharif  SleeQ dan tunangnya  Malaque
Majlis pertunangan Sharif SleeQ & Malaque




Bercerita tentang perkembangan nyanyiannya kumpulan SleeQ telah diterima di Malaysia. Buktinya lagu mereka bersama Ramlah Ram 'Sesaat Kau Datang' telah mendapat sambutan yang baik sekali. Dengar-dengarnya mereka juga akan berduet dengan penyanyi baru Najwa Latif untuk kolaborasi seterusnya.



Terkini, Comel dan Terbaik. Sesuai untuk orang yang Tersayang

Kolaborasi bersama Ramlah Ram dan Najwa Latif merupakan lagu-lagu yang dimuatkan didalam album ketiga SleeQ yang akan diedarkan pertengahan 2012. Rakaman album ini merupakan rakaman pertama SleeQ yang dibuat di Malaysia.

Video dan lirik lagu Sesaat Kau Datang-Ramlah Ram featuring SleeQ (Full Song English Version)
Gambar dari Kiera-Roxanne