Ahad, 12 Februari 2012

Gambar Majlis Pertunangan Farhan AF4 & Ahmad Rashdan

Setelah hampir lapan tahun menyulam cinta, akhirnya penyanyi Farhan Azizan atau Farhan memilih Ahmad Rashdan Shuhaimi sebagai bakal suaminya. Farhan dan Rashdan mengikat tali pertunangan pada 12 Februari 2012 di The Flora Cafe, Ampwalk, Jalan Ampang, Kuala Lumpur lebih kurang jam 3.30 petang Ahad.

Farhan dan Rashdan bertunang

mengayakan pakaian long dress rekaan Syra Kim berwarna kelabu gelap.
Farhan yang anggun mengenakan sepersalinan kurung moden paduan rona ungu dan kelabu ilham pereka muda Syarakim menerima lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pihak perempuan. Berkongsi mengenai majlis tunang tersebut, Farhan sempat mengucapkan terima kasih buat keluarga yang sudi memberi ruang buat mereka untuk membina kerier terlebih dahulu sebelum melalui fasa perkahwinan.
Majlis pertunangan Farhan pada 12 Februari 2012




Dekorasi majlis pertunangan Farhan AF4
Pelamin Pertunangan Farhan AF4


Farhan menerima cincin tunang daripada ibu Rashdan, Faridah Hussien.


Hantaran Farhan AF4 & Rashdan
Detik perkenalan mereka bermula  bila mereka saling mengenali ketika majlis sambutan hari lahirnya lapan tahun lalu. Dari situ mereka mula berkawan dan lama kelamaan terbit rasa cinta. Mengenai majlis kahwinnya pula, Farhan yang popular dengan lagu ‘Kelmarin’ membayangkan bahawa majlis nikahnya akan dilangsungkan pada awal tahun hadapan.

Limited Edition Thumbdrives to store your Best Moments!



3 ulasan:

Cik tikah berkata...

semoga mereka kekal. amin

Jendela Hati berkata...

tahniah dah bertunang...
cantek kaler baju dia...
lama eh bercinta 8 tahun...

encik burn berkata...

yang ni baru bgus kenal strusnya bercinta selama 8 tahun tak nmpk pung peluk2..tak nmpk sgt pun heboh2..ada stgh artis malas nak komen huhuh hancur

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/