Khamis, 23 Februari 2012

Persiapan Terakhir Majlis Perkahwinan Yusri & Lisa Surihani Di Hotel Marriot, Putrajaya

Tinggal beberapa jam sahaja lagi Majlis Pernikahan Yusri dan Lisa Surihani akan berlangsung.Malam ini di Hotel Marriot, Putrajaya Lisa akan diijabkabulkan denganYusri selepas setahun menjalinkan hubungan menerusi BBM. Pihak Lisa akan menguruskan persiapan pernikahan, manakali pihak Yusri pula untuk majlis resepsi di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya.





Menurut DZMS Events & Entertainment persiapan majlis sedang berjalan dengan lancar.Walaupun dewan untuk majlis pernikahan itu telah digunakan oleh pihak lain sehingga pukul 1.00 petang. Namun dengan kepakaran KS Entourage,  hiasan dewan telah hampir sempat disiapkan dalam masa 4 jam.Tema majlis pernikahan Yusri dan Lisa Surihani ialah "Winter Garden" Taman ketika musim sejuk yang sinonim dengan hiasan dan warna putih.



Walaupun dibesarkan dalam dunia moden, pelakon jelita, Lisa Surihani, masih lagi melakukan amalan tradisi Melayu sebelum bergelar isteri kepada Yusry Abdul Halim. Beberapa hari sebelum bahagianya Lisa dilarang bertemu bakal suaminya. Lisa juga telah melakukan majlis mandi bunga,berinai dan khatam Quran beberapa hari lepas, sebelum menjadi raja sehari.

Pelamin pernikahan Yusri Dan Lisa Surihani di Hotel Marriot, Putrajaya
 Lisa dan Yusri memilih destinasi ke Eropah untuk bulan madunya selepas majlis resepsi mereka nanti selesai.
Sama-samalah kita doakan agar majlis perkahwinan pasangan ini berjalan lancar seperti yang dirancang. Semoga jodoh mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.
Dekorasi majlis pernikahan Yusri & lisa 

Rombongan pihak Yusri memakai pakaian berwarna biru

Gambar Terkini Majlis Pernikahan Yusri & Lisa Surihani Di Hotel Marriot Putrajaya


5 ulasan:

::CIK LYNN:: berkata...

cantik sbb smple je...xsbar nk tgu dokumntasi diorang nti...=)

nur fatihatuz zahra berkata...

lawa lah design dia semua .. jeles ! huhu~

btw, jum singgah my new entry :)..-->

http://cheritakuhzara.blogspot.com/2012/02/berjalan-tanpa-henti.html?

maszull berkata...

assalamualaikum CT...cantiknya ...:)

Jendela Hati berkata...

bila tgk persiapan kat sini saat nie majlis dah pun selamat...tahniah...

shazlynn fazlynn berkata...

simple and nice..tahniah buat mereka berdua

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/