Khamis, 23 Februari 2012

Gambar Terkini Majlis Pernikahan Yusri & Lisa Surihani Di Hotel Marriot Putrajaya

Dengan sekali lafaz, pelakon popular Lisa Surihani Mohamed (26) bersama pasangannya pengarah filem terkenal, Yusry Abdul Halim (39) sah menjadi pasangan suami isteri dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya, tepat jam 9:01 malam tadi. Pasangan ini telah diijabkabulkan oleh Tuan Haji Halim Mat Isa, Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang dengan berwalikan abang sulung Lisa Surihani, iaitu Mohamed Azan Mohamen. Majlis ni dihadiri kira-kira 250 jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga terapat kedua-dua pasangan pengantin ini dan wakil dari pihak media




Majlis dimulakan tepat pada pukul 9:05 malam dengan upacara membalas pantun mengikut adat resam orang Melayu lama. Lisa Surihani tampak sangat anggun mengenakan busana baju kurung moden rekaan COSRY yang berwarna “Off White” manakala Yusry segak sekali mengenakan baju Melayu moden rekaan Taufil Tailor yang mana sampingnya direka oleh Nuratikah Songket.


9 dulang hantaran telah diberi oleh pihak pengantin perempuan kepada pihak pengantin lelaki manakala pihak pengantin lelaki membalas dengan memberi 7 dulang hantaran yang mana semua hantaran perempuan telah digubah sepenuhnya oleh COSRY dengan kerjasama Eliza Elies Wedding. 9 dulang daripada pihak perempuan berupa tepak sirih, sebentuk cincin, bunga rampai, kelengkapan lelaki, set kelengkapan sembahyang, keyboard, koleksi lagu-lagu The Beatles dan kek berbentuk Diaphone. 7 dulang daripada pihak lelaki pula berupa tepak sirih, sebentuk cincin, mas kahwin berupa seutas rantai platinum, wang hantaran, kelengkapan sembahyang, manisan berbentuk kristal, kek perkahwinan berperisa vanila. Bagaimanapun, pasangan ini enggan mendedahkan jumlah wang hantaran.

Majlis akad nikah yang diuruskan oleh DZMS Events ini tampak meriah dengan dekorasi menawan sentuhan KS Entourage yang bertemakan “Winter Garden”.

Hari Ahad ini pula berlangsungnya majlis resepsi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan anggaran jemputan seramai 1500 tetamu.

Pasangan ini dijadualkan akan berbulan madu di Eropah sebaik sahaja majlis resepsi selesai diadakan. Yusry dan Lisa Surihani berharap para peminat mendoakan kebahagiaan mereka sehingga ke akhir hayat.sumber



8 ulasan:

kak tie berkata...

tahniah...suka tengok pasangan mempelai..semoga kekal ke anak cucu

Jendela Hati berkata...

canteknya lisa... tahniah!

Puan Kutu berkata...

berkenan pulak tgok sampin yusry tu..unik..:)

maszull berkata...

assalamualaikum CT...tahniah buat pasangan mempelai Yusry n Lisa...:)

::CIK LYNN:: berkata...

cantik sgt2...mke up lisa xda la over...=)

Unknown berkata...

suka tengok mereka berdua....doakan agar jodoh mereka kekal selamanya

Miss Anis berkata...

serasi....suke tgk...

loVe puRpLe berkata...

Sama cantik n sama padanlah dorang nie heheh bagai pinang dibelah dua (^-^)