Jumaat, 24 Februari 2012

Hantaran Artis-Hantaran Perkahwinan Lisa Surihani & Yusri KRU

Cinta dua hati selebriti terkenal Lisa Surihani Mohamed, 26, dan Yusry Abdul Halim, 38, akhirnya bersatu dalam ikatan yang sah selepas selamat diijabkabulkan dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Hotel Marriot, Putrajaya, kira-kira jam 9.05mlm, 23 Februari 2012.






Malah dengan sekali lafaz, heroin filem Semerah Cinta Stileto itu sah menjadi milik salah seorang anggota kumpulan KRU tersebut.
Hantaran Yusri-Tepak sirih
Rombongan dari pihak Yusri membawa hantaran untuk Lisa



Pasangan yang mengenakan busana putih bersih daripada rekaan butik Cosry itu telah dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Halim Mat Isa.

Selesai sahaja akad nikah, LisaSurihani menerima sebentuk cincin bertatahkan berlian yang disarungkan ke jari manisnya oleh Yusry KRU bagi melengkapi upacara membatalkan air sembahyang.

Cincin batal air sembahyang buat Lisa dari Yusri

Kemudian, Lisa yang bersalaman dengan Yusry yang kini sudah menjadi suaminya yang sah telah menerima kucupan mesra di dahinya.



Yusry juga menyerahkan seutas rantai, selain tujuh dulang hantaran berupa tepak sireh, cincin, rantai platinum, wang hantaran, manisan dan kek perkahwinan.

Manakala, pihak lelaki menerima sembilan dulang hantaran berbalas daripada pihak perempuan berupa tepak sireh, sebentuk cincin, coklat, keyboard, kelengkapan sembahyang, baju, koleksi album lama The Beatles, dan kek.








Hantaran Lisa untuk Yusri- Koleksi The Beatles
Hantaran Lisa untuk Yusri-Sirih Junjung
Rombongan hantaran dari pihak Lisa untuk Yusri
Hantaran Lisa & Yusri

Majlis akad nikah yang ringkas dan manis itu telah dihadiri kurang 250 orang tetamu. Mereka yang hadir terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, sahabat handai serta rakan media.


Selepas majlis akad nikah, pasangan merpati dua sejoli itu bakal diraikan dalam majlis resepsi yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC), Putrajaya, pada 26 Februari ini.
Video & Gambar Pernikahan Yusri & Lisa Surihani Di Hotel Marriot Putrajaya
Gambar Terkini Majlis Pernikahan Yusri & Lisa Surihani Di Hotel Marriot Putrajaya
Gambar Hadiah Perkahwinan Lisa Surihani-Gelang Berlian



2 ulasan:

::CIK LYNN:: berkata...

kalu suma psal lisa, cik lynn mmg ska la...hehe

smga lisa bhgia n kkekalan hgga akhir hyat...=)

Alisa berkata...

Yusri pencetus hidden hantaran