Sabtu, 4 Februari 2012

Video Lagu Seandainya Dari Album Terbaru Ramlah Ram

Ramlah Ram kini sedang giat menyiapkan pembikinan album studio ke-14. Apa yang menarik, daripada proses pemilihan lagu hinggalah promosi dilakukan Ramlah bersama-sama RRG (Ramlah Ram Group).




RRG adalah kelab peminat yang ditubuhkan penyokong setianya. Lagu Sesaat Kau Datang yang dinyanyikan bersama kumpulan Sleeq misalnya adalah hasil nukilan salah seorang daripada ribuan peminatnya bernama ID Mifzal.

“Album ini bakal mengandungi enam lagu dan Insya-Allah akan berada di pasaran pada Mac nanti. Album ini sangat istimewa kerana baik dari segi penciptaan, pemilihan dan promosi semuanya dilakukan RRG.

“Justeru, setiap lagu yang bakal dimuatkan nanti adalah atas peminat sendiri. Album ini juga mengeratkan hubungan saya dengan peminat.

“Terus terang saya amat bersyukur mempunyai penyokong yang sanggup memikirkan konsep album saya. Sanggup mendengar puluhan, mungkin ratusan lagu kemudian memilih yang terbaik.

“Antara lagu yang dimuatkan nanti, Cinta Gila, Benar Mencintai, Sesaat Kau Datang dan Seandainya,” ujarnya dengan ceria.

Dengarkan lagu terbaru Ramlah Ram Seandainya, merupakan lagu ciptaan ID Mifzal dan lirik ditulis sepenuhnya Zie Syafruddin, selain lagu yang sedang hit sekarang ini Sesaat Kau Datang bersama Sleeq.


Hm..Hm..Hm..Hm..
Hm..Hm..Hm..Hm..

(Verse 1)
Seandainya aku tahu
Kau memiliki dia
Takkan mungkin aku
Datang kepadamu
Dan kau pula tidak mahu
Berterus-terang padaku
Sehingga diriku
Terjerat dengan dustamu

(Verse 2)
Kau buat ku terluka
Kau buat ku sengsara
Hingga ku tak mampu
Merasakan kehilangan cinta darimu
Dan kau pula membakarnya
Dengan bara kebohongan mu itu
Hingga aku lemah tidak berdaya

(Chorus 1)
Cukup sudah semuanya kau kecewakan cintaku
Ku tak mungkin akan dapat memaafkanmu
Dan kini kau ingin meminta diriku
Untuk menerima dirimu
Kau membuatku menjadi pilihan cintamu..
Oh..Oh..Oh..Oh..Oh..Oh..Oh..

(Repeat Chorus 2)
Cukup sudah semuanya kau kecewakan cintaku
Ku tak mungkin akan dapat memaafkanmu
Dan kini kau ingin meminta diriku
Untuk menerima dirimu
Kau membuatku menjadi pilihan cintamu

(Repeat Chorus 3)
Cukup sudah semuanya kau kecewakan cintaku
Ku tak mungkin akan dapat memaafkanmu
Dan kini kau ingin meminta diriku
Untuk menerima dirimu
Kau membuatku menjadi pilihan cintamu

Kau membuatku menjadi pilihan cintamu
Kau membuatku menjadi pilihan cintamu


2 ulasan:

maszull berkata...

assalamualaikum CT...moga Ramlah Ram terus maju ke hadapan...:)

Muaz Faris berkata...

sedap gak ye lagu ni.. hehe

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/