Rabu, 28 Mac 2012

Gambar Majlis Pertunangan Liyana Jasmay & Fathuddin Mazlan

Majlis Pertunangan pelakon dan penyanyi , Liyana Jasmay (LJ), 24,dengan jejaka pilihannya , Fathuddin Mazlan telah berlangsung kira-kira pukul 9.00malam tadi. Tarikh 28 Mac 2012 menjadi pilihan kepada pasangan itu kerana ia merupakan tarikh ulangtahun kelahiran LJ yang ke 24 tahun.
Majlis pertunangan Liyana Jasmay dan Fathuddin telah diadakan di kediaman keluarga Liyana Kemensah Height.
Liyana  Jasmay di hari pertunangannya
Pada majlis itu, upacara menyarungkan cincin pertunangan telah disempurnakan oleh ibu Fathuddin, Puan Hajah Jamilah disaksikan ahli keluarga terdekat.

Liyana memberikan tujuh dulang hantaran kepada Fathuddin yang terdiri daripada senaskhah Al-Quran, kain samping, butang baju Melayu, minyak wangi jenama Dunhill, manisan, kek dan kek cawan.

Pihak lelaki pula membalas lima dulang hantaran yang terdiri daripada satu set wangian, telekung, kek, cincin dan sirih junjung.
Liyana Jasmay bersama tunangnya-Fathuddin Mazlan
Dalam pada itu Liyana turut menghadiahkan sebuah lagu buat Fathuddin yang juga jirannya itu berjudul Cinta Bersatu dan akan dilancarkan 30 Mac ini.

Liyana Jasmay mengenakan sepasang persalinan berwarna putih gading pada majlis pertunangannya itu. Pakaian bertunangannya itu dianggarkan berharga RM10,000, direka oleh Rizman Ruzaini dan ia berkonsep gaun Puteri Diraja Inggeris menggunakan fabrik ‘Valentino Lace’.

Selain keluarga dan rakan-rakan media, antara selebriti yang hadir ialah, pasangan pengantin baru, Lisa Surihani dan Yusry KRU, Scha, Awal, Farish Aziz dan Tam.

Pelakon Liyana Jasmay membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan Fathuddin Mazlan,28, yang juga seorang ahli perniagaan pada Januari tahun depan selepas menamatkan kursus jangka pendeknya di New York, Amerika Syarikat (AS).Gambar dari Ohbulan






5 ulasan:

Citarasa Rinduan berkata...

sepadan................

Inspirational Jewelry Wholesale berkata...

Erm...

reyna berkata...

tak sangka lj ni dah 24 yer,,ingatkan muda lagi hee

Abdul Walid Ali berkata...

follow me...abdulwalidali.blogspot.com

maszull berkata...

assalamualaikum CT...tahniah buat pasangan ideal sama cantik sama padan...:)

mama mohon share gambar yer...:)

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/