Rabu, 29 Februari 2012

Eksklusif Cerita Penuh Pertunangan Liyana Jasmay & Fathuddin Mazlan

Aktres berusia 23 tahun itu mendedahkan, dia sudah pun menerima cincin merisik daripada bakal tunangnya yang berusia 28 tahun.

Selepas digosipkan bercinta dengan Syamsul Yusof dan Aizat, pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay akhirnya menamatkan spekulasi mengenai jejaka yang layak bertakhta dihatinya apabila mengaku bakal bertunang dengan ahli perniagaan, Fathuddin Mazlan, bulan depan.
Liyana Jasmay bertunang dengan Fathuddin Mazlan


"Dia menghantar rombongan merisik pada minggu lalu dan jika tiada aral melintang, kami akan bertunangan bulan depan. Tarikhnya terpaksa dirahsiakan. Insya-allah tahun depan kami akan berkahwin", katanya.

Jika sebelum ini kisah keintimannya bersama beberapa jejaka sering digembar-gemburkan dan menjadi bahan paparan media, namun kali ini Liyana sendiri membuat pengakuan dirinya bakal menjadi tunangan orang.

Pandai sungguh Liyana menyembunyikan percintaanya sehingga tidak ramai yang tahu dia kini sedang melalui musim bunga yang cukup indah.

"Selama ini pun saya tidak pernah mengatakan yang saya bercinta dengan orang itu atau orang ini. Semuanya berlaku dengan cukup pantas. Itulah yang dinamakan kuasa jodoh. Saya sendiri tidak tahu bila masanya rasa cinta itu datang? Cuma apa yang saya sedar, perasaa itu tiba-tiba hadir dalam diri. Kita hanya boleh tahu perasaan itu apabila kita sendiri yang mengalaminya",ujar pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke 22 ini.

Mengulas ciri-ciri jejaka yang berjaya menawan hatinya itu, Liyana berkata, dia sendiri tidak menyangka lelaki yang dicari-cari selama ini rupa-rupanya tinggal berdekatan dengannya.
Info terkini yang tidak berapa pasti (tengah) Adalah bakal tunang Liyana,Fathuddin Mazlan
"Dia adalah jiran saya. Kami sudah lama kenal, cuma tidaklah begitu rapat. Saya memilihnya kerana dia seorang yang baik dan amat memahami saya. Apa yang membuat saya suka kepadanya adalah cara didikannnya dirumah, ssama seperti cara saya dididik oleh kedua-dua orang tua saya. Walaupun dia bukan orang seni, tetapi dia begitu menyokong kerjaya saya dan begitu juga sebaliknya", kata Liyana.

Gambar Majlis Pertunangan Liyana Jasmay & Fathuddin Mazlan

Untuk pengetahuan semua Liyana baru saja melancarkan single terbarunya bertajuk Cinta Bersatu









1 ulasan:

noorsyamsul berkata...

Tarikh pertunangan didakwa pada 28 Mac 2012

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/