Selepas digosipkan bercinta dengan Syamsul Yusof dan Aizat, pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay akhirnya menamatkan spekulasi mengenai jejaka yang layak bertakhta dihatinya apabila mengaku bakal bertunang dengan ahli perniagaan, Fathuddin Mazlan, bulan depan.
Liyana Jasmay bertunang dengan Fathuddin Mazlan |
"Dia menghantar rombongan merisik pada minggu lalu dan jika tiada aral melintang, kami akan bertunangan bulan depan. Tarikhnya terpaksa dirahsiakan. Insya-allah tahun depan kami akan berkahwin", katanya.
Jika sebelum ini kisah keintimannya bersama beberapa jejaka sering digembar-gemburkan dan menjadi bahan paparan media, namun kali ini Liyana sendiri membuat pengakuan dirinya bakal menjadi tunangan orang.
Pandai sungguh Liyana menyembunyikan percintaanya sehingga tidak ramai yang tahu dia kini sedang melalui musim bunga yang cukup indah.
"Selama ini pun saya tidak pernah mengatakan yang saya bercinta dengan orang itu atau orang ini. Semuanya berlaku dengan cukup pantas. Itulah yang dinamakan kuasa jodoh. Saya sendiri tidak tahu bila masanya rasa cinta itu datang? Cuma apa yang saya sedar, perasaa itu tiba-tiba hadir dalam diri. Kita hanya boleh tahu perasaan itu apabila kita sendiri yang mengalaminya",ujar pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke 22 ini.
Mengulas ciri-ciri jejaka yang berjaya menawan hatinya itu, Liyana berkata, dia sendiri tidak menyangka lelaki yang dicari-cari selama ini rupa-rupanya tinggal berdekatan dengannya.
Info terkini yang tidak berapa pasti (tengah) Adalah bakal tunang Liyana,Fathuddin Mazlan |
Gambar Majlis Pertunangan Liyana Jasmay & Fathuddin Mazlan
Untuk pengetahuan semua Liyana baru saja melancarkan single terbarunya bertajuk Cinta Bersatu
1 ulasan:
Tarikh pertunangan didakwa pada 28 Mac 2012
Catat Ulasan