Selasa, 13 Mac 2012

Gambar Majlis Resepsi/Bersanding Dato Malek Noor & Dr Wan Asma

“This is my first and last marriage (ini perkahwinan pertama dan terakhir buat saya),” kata bekas jaguh bina badan negara, Datuk Abdul Malek Noor, 56, yang selamat diijabkabulkan dengan Pakar Runding Kanak-kanak, Dr Wan Asma Wan Ismail, 52, dalam majlis akad nikah di Kelantan Trade Centre (KTC) pada 12 Mac 2012.

Dengan sekali lafaz, Malek sah bergelar suami selepas dinikahkan bapa Dr Wan Asma, Wan Ismail Wan Ahmad, 86, jam 11 pagi.

Majlis resepsi Dato Malek Noor & Dr Wan Asma di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan



 Tuan Guru Nik Abdul Aziz Menteri Besar Kelantan antara tetamu yang hadir semasa majlis resepsi Dato Malek Noor & Datin Dr Wan Asma


Dr Wan Asma yang juga ibu kepada tujuh anak berusia antara 11 hingga 30 tahun dan nenek kepada empat cucu, menerima mas kahwin dan hantaran senaskhah al-Quran selain lima dulang daripada pihak lelaki termasuk beg tangan, minyak wangi, persalinan solat, kasut, kek dan dibalas tujuh dulang daripada pihak perempuan.

Majlis persandingan kedua-dua mempelai diadakan di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan malam tadi.

Gambar dari huruharacommunity


Gambar & Video Nikah Dato Malek Noor & Dr Wan Asma

1 ulasan:

Jendela Hati berkata...

insyaAllah, moga brbahagia n berkekalan...