Isnin, 12 Mac 2012

Gambar Nikah Datuk Malek Noor & Dr Wan Asma

Bekas jaguh bina badan terkenal, Datuk Malek Noor dan pasanganny Dr. Wan Asma Wan Ismail, 52, seorang pakar kanak-kanak di Hospital Pakar Perdana telah selamat menjadi suami isteri.  Kedua-dua pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Wan Ismail Wan Ahmad,87, di kondominium, Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di sini kira-kira pukul 11 pagi, Isnin, 12 Mac 2012.
Malek Noor & Dr Wan Asma di hari pernikahan mereka

Malek Noor memilih tarikh 12 Mac 2012 sebagai detik terindah untuk bergelar suami kerana mahu mengimbas perjalanannya ke Tanah Suci, Mekah pada tarikh sama tahun lalu untuk mengerjakan umrah.

Malek Noor tidak menyangka akan bertemu jodoh memandangkan tempoh perkenalannya bersama Dr Wan Asma begitu singkat. Malah dia amat bersyukur ketika berusia 56 tahun, Allah menemukan jodohnya dengan seorang wanita yang benar-benar mengambil berat terhadapnya selain bersifat penyayang.

Menariknya pada perkahwinan tersebut pengantin lelaki hanya memberikan senaskhah al-Quran sebagai mas kahwin tanpa wang hantaran disertai lima dulang hantaran berbalas sembilan daripada pengantin perempuan.
Dr Wan Asma memberitahu berliau tidak memerlukan wang hantaran kerana segala kelengkapan sudah beliau miliki. Apa yang penting beliau berharap perkahwinan mereka berdua kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.




 Dr Wan Asma mempunyai tujuh orang anak berusia 11 hingga 30 tahun serta empat orang cucu dan sudah tiga tahun hidup menjanda manakala Malek memiliki seorang anak angkat iaitu Nik Nuramalin Aisyah Nik Mahmud berusia 2 tahun.

Pasangan tersebut berkenalan selepas berhubung atas urusan perniagaan pada November tahun lalu sehinggalah Malek membuat keputusan merisik pada Februari lepas.

Banyak lagi gambar di ihanmeghaa.com

Majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan di Hotel Renaissance, pada malam Isnin.








Tiada ulasan:

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/