Rabu, 28 Mac 2012

Khairul Fahmi & Leuniey Jadi Model Iklan Minyak Wangi SimplySiti

Akhirnya Khairul Fahmi Che Mat, 23, dan Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, atau Leuniey bakal bertemu kerana terpilih sebagai model untuk produk kecantikan SimplySiti milik penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin.

Baru-baru ini, penyanyi nombor satu negara itu telah bertemu dengan penjaga gol kebangsaan itu bagi membincangkan perancangan tersebut. Pertemuan ringkas itu telah dihebahkan kepada umum menerusi akaun Twitter masing-masing.
 .

Apek jadi model minyak wangi Simplysiti

 Khairul Fahmi atau Apek dan Leuniey terpilih sebagai model untuk iklan minyak wangi ‘SimplySiti Eau De Parfum’ yang ditawarkan dengan tiga jenis haruman iaitu Pure, Memoire dan Precious yang bakal ditayangkan di televisyen pertengahan April ini.

Pengurus Kanan Penjenamaan dan Pemasaran SimplySiti, Amiel Junita Nasir berkata, Khairul Fahmi dipilih sebagai ikon sukan khusus untuk minyak wangi berkenaan dan turut digandingkan dengan SM Zul Khalis SM Zulkifli daripada Naza Italia sebagai ikon usahawan muda dan Adam Yahya, Pengarah Ibex Group sebagai ikon pengurusan korporat.
tiga haruman Simplysiti yang berbeza iaitu Pure, Memoir dan Precious.  
 “Ketiga-tiga mereka digandingkan bersama untuk tiga jenis minyak wangi SimplySity. Minyak wangi itu untuk wanita, tetapi kita tampilkan ikon lelaki untuk buat sesuatu kelainan,” katanya.

“Wangian jenis Pure untuk rasa yang lebih segar, wangian Memoire pula untuk bau yang manis dan seksi dan wangian Precious untuk mereka yang sukakan bau yang agak keras.”

Peminat yang mahukan kelainan boleh mendapatkan Eau de Parfum Simplysiti pada harga RM69.90 untuk 50ml. 
Apek & Siti Nurhaliza
Wah! untungnya Apek, banyak income tahun ni, sebelum ini  Apex Terima Bayaran Lumayan Jadi Duta Puma sekarang ini jadi model Simplysiti pulak.




1 ulasan:

lady scooter berkata...

kalau apex bersara dari bidang sekarang, peh ni leh jadi model plak...kompom 'mashuk wet'..he3...

peh tu... tetibe...panjang lak jodoh apex ngan leuney tu...ho3... meletooop............!

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/