Selasa, 27 Mac 2012

Penyamun Rumah Mawi Sudah Ditangkap

Dalam kejadian awal pagi semalam, kediaman Mawi dipecah masuk empat perompak bertopeng dan bersenjatakan parang. Mereka sekeluarga diikat.Bagaimanapun, mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.Penyanyi berkenaan mengalami kerugian kira-kira RM10,000.

Polis sedang mengambil keterangan tiga warga Indonesia yang ditahan selepas kejadian rompakan rumah penyanyi Mawi di Bandar Baru Bangi, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Abdul Rashid Abdul Wahab ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Baca selanjutnya Rumah Mawi Kena Rompak

Tiada ulasan: