Selasa, 27 Mac 2012

Gambar Terbaru Ally Iskandar & Farah Lee

Sudah masuk dua bulan usia perkahwinan Ally Iskandar dan Farah Lee. Bila baca tulisan Farah Lee di dalam blognya, begitu teruja sekali beliau menyusun ayat untuk mengambarkan betapa gembiranya dia melayari alam rumahtangga yang baginya masih banyak lagi perkara yang telah di belajar, tetapi masih terlalu banyak yang perlu di belajar.
Gambar terbaru Ally Iskandar & Farah Lee selepas menjadi suami isteri



Sekadar ingin berkongsi dengan semua perasaan Ct bila membaca luahan rasa Farah Lee tu, terbit perasaan dalam diri ini,  betapa bertuahnya Ally Iskandar mendapat isteri yang soleh dan bijak.

sudah masuk dua bulan perkahwinan kami. alhamdulillah, masih rasa keberkatan mereka yang banyak mendoakan kesejahteraan rumah tangga kami. harapnya doa itu tiada berhenti. amin.. perkataan 'sudah dua bulan' atau 'baru dua bulan' kadang datang silih berganti. 'sudah dua bulan' tapi aku masih rasa seperti baru semalam berkahwin, kebahagiaan jelas terasa (waaa.. suami kat malaysia, aku kat korea ㅠ.ㅠ). 'baru dua bulan' tetapi banyak yang telah aku pelajari dari perkahwinan ini, dan masih belajar.

kalau dulu... semua benda yang aku buat, aku post dan comment kat facebook, cara pergaulan, ikut suka hati anak angkat kucing aku je. selepas berkahwin, aku mula sedar yang aku melambangkan suami aku dan dia melambangkan aku. kami kan 'satu' ;) aku perlu lebih berhati-hati dengan apa yang aku buat dan tulis demi menjaga nama baik dan maruah suami aku. sebenarnya, sebelum kahwin pun aku memang perlu berhati-hati dalam percakapan (itu pesan Allah).

kalau dulu... aku hanya seorang student, sekarang tidak lagi. jadual tidur yang tidak teratur dan keterlibatan yang aktif dalam aktiviti-aktiviti keramaian menyebabkan aku sering lupa untuk menjaga kesihatan diri. aku petik kata-kata suami aku, "now, you're not just a student. you're now a student, a wife and a soon-to-be mom. please take care of your health" (jangan speculate, masa entry ini ditulis, penulis masih berbadan satu ;p). kalau dulu orang yang paling risau tentang kesihatan kita ialah ibu bapa, sekarang orang yang lebih risau adalah suami. aku perlu belajar untuk jaga kesihatan diri, persiapkan mental, fizikal dan emosi untuk 'membawa orang' (kena tambah berat badan niiiii..). jadi, kuranglah sikit risau suami kita tu kalau isterinya pandai jaga diri.
 Semoga kebahagiaan akan sentiasa mendampingi Ally Iskandar & Farah Lee. Amin.
 Baca lagi di  blog  farahinlee.

8 ulasan:

Unknown berkata...

sweetnye.......

Unknown berkata...

cun nya...sweet ngat..nak jugak jadi sweet gtu ..bila la nak kawen ni :(

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ berkata...

baru lepas baca blog dia ja...

Suzie berkata...

so sweet

| CIKZEK | berkata...

sweetnyaa mereka :)) huhuhu

Jendela Hati berkata...

alahai syoknye baca... bahagianya mereka...

Rin Saharina berkata...

btuah Ally dpt Farah Lee yg bijak & cantikk :)

both of them sgt sweeeet :)

c manja piean berkata...

cantik + encem,ngam dha 2
moga bhgia sllu hingga ke akhir hayat erkk,amin~~~~