Jumaat, 9 Mac 2012

Salam Semua! Dengarkan Slot Dr Love Aaron Aziz Di Era FM

Aaron Aziz, 36, kini beralih arah dengan menjadi penyampai radio? Jangan tak percaya ye. Hero filem Ombak Rindu itu bakal mempunyai slot sendiri untuk merungkai segala masalah cinta pendengar radio yang dikenali sebagai Dr. Love!.Tawaran itu datang dari stesen radio terkenal, Era FM di bawah syarikat yang sama menawarnya kontrak sebagai artis naungan iaitu Astro.

Dr LOVE -Aaron Aziz


"Saya ditugaskan mengendalikan slot bersama peminat itu setiap hari minggu dari pukul 9 hingga 10 malam. Melalui slot itu peminat boleh telefon dan berkongsi mengenai masalah hubungan cinta mereka kepada saya. Saya akan cuba menjawab apa yang ditanya mereka sebaik mungkin," ujarnya.

Menerima tawaran sebagai Artis Naungan Astro dan Wajah Eksklusif Astro, Pihak Astro juga mengatur segala jadual lakonan saya malah memberi peluang kepada saya untuk mengendalikan slot radio sendiri, menjadi penerbit juga mempromosikan single terbaharu saya yang berjudul Salam Semua bersama artis naungannya iaitu kumpulan Sleeq malah lagu itu ciptaannya sendiri.

Projek pertama Aaron yang disusun Astro apabila dia bakal beraksi menerusi drama 80 episod berjudul Adam & Hawa terbitan Global Station Sdn. Bhd. diikuti beberapa projek seperti drama, filem, muzik video dan juga duta produk.

"Saya memang tak yakin dan malu untuk menjadi penyanyi, tapi saya juga tidak mahu menyerahkan lagu itu kepada orang lain sebab ia adalah mengenai keluarga saya. Saya yang lebih tahu dan boleh menjiwai lagu tersebut," dedah Aaron yang merancang untuk mengeluarkan lagu tersebut pada bulan ini.

Tiada ulasan: