Khamis, 1 Mac 2012

Seram! Amukan Pocong Di TV3-Tidak Sesuai Bagi Mereka Yang Penakut

Mengetahui sedikit sebanyak jalan cerita drama seram terbaru TV3 dan juga melihat gambar adegan penggambaran Amukan Pocong arahan Aidil Fitri Mohd Yunos ini, nyata sudah mula menggetarkan hati. Apatah lagi, turut dikhabarkan lokasi penggambaran dipilih juga agak ‘keras’ dan ada kisah tersembunyi yang pernah berlaku di sebaliknya. Jadi bagi mereka yang lemah semangat dinasihatkan cubalah mengelak dari menonton Amukan Pucong ini.

Drama Amukan Pucong yang bakal bersiaran bermula pada 15 Mac, Khamis, 9.30 malam sebanyak 13 episod adalah Terbitan Padi Pictures Sdn Bhd dan Penerbitnya ialah Nor Aliah Lee Abdullah .


Sinopsis Drama Bersiri Amukan Pucong
DEMI mencapai apa yang dihajatkan hati, ada kalanya manusia sanggup ‘menghalalkan segala cara’. Itulah yang berlaku kepada Long Husin, seorang kaki judi yang nekad melakukan apa saja bagi memastikan impiannya memenangi pertaruhan besar menjadi kenyataan. Baginya, sudah tiada halal dan haram.

Faralyna Idris dalam Amukan Pocong
Neelofa dalam Amukan Pocong
Nabila Huda dalam Amukan Pocong
 Bersama dua rakan baiknya, Long Husin tanpa berfikir panjang turut mengambil jalan pintas dengan melakukan upacara ilmu hitam selepas bertemu dengan bomoh Siam. Atas kerelaan hati, perjanjian darah dibuat tanpa mereka menjangka sesuatu yang lebih dahsyat menanti.

 Walaupun berjaya mendapat habuan besar daripada pertaruhan dimenangi, namun mereka tidak sedar tindakan dilakukan itu sudah ‘membangkitkan’ pocong yang terkubur. Bahkan, pocong itu berkeliaran ganas dan menuntut darah 13 gadis sunti seperti yang dijanjikan Long Husin dan rakannya.

Bertambah buruk lagi, Long Husin terbunuh dalam kemalangan dan dia menjelma menggantikan pocong yang dahagakan darah belasan gadis sunti itu. Siapakah gadis yang akan menjadi mangsa ‘amukan si pocong’ dan apakah rahsia tersimpul di sebalik ilmu hitam itu?

Turut berlakon ialah Azhan Rani (Long Husin), Ezany Nizariff (Jidin), Iqram Dinzly (Lan Becok), hadi taher (Awang), Elle Mazlein (Long Jamilah), Roslan Salleh (Sulaiman), Liza Abdullah (Kak Ros), latif Borgiba (Pak Sayut), Namron (Pak Nang), Nabila Huda (Zai), Liyana Jasmay (Mira), Neelofa (Emma), Izara Aishah (Amy) juga Erin Malek, Siti Elizad, Faralyna Idris dan Puteri Fateen Nasuha Anzalna dan Sharifah Sakinah.

5 ulasan:

cik ika berkata...

ala, kt hostel susah nk tgk tv

✿ Milk Choco ✿ berkata...

ala...citer antu lagi..boringnye...

Tanpa Nama berkata...

eei. tgk muka da seram da :((

Tanpa Nama berkata...

"sesiapa yg lemah semgt x digalakkan utk menonton"... Hurmm... X digalakkan? Yay! X yh tgk!!!

QiQi NuriraQ berkata...

waaa x sbar nk tgok jap g,tgok kat kdai mamak x la seram sgt,lau tgok sorang2 mang x brani,huhu