Khamis, 1 Mac 2012

Bienda Bersalin Melalui Pembedahan,Hadapi Komplikasi

Penyanyi Bienda atau nama penuhnya Nor Razlinda Razli,27, telah selamat melahirkan bayi perempuan pada 26 Februari 2012. Bayi seberat 2.95kg itu dilahirkan melalui pembedahan. Bienda telah berkahwin dengan Kamarul  Zariman pada 8 Oktober 2010.

Mengikut tarikh jangkaan sepatutnya Bienda akan melahirkan pada 10 Mac 2012. Namun akibat menghadapi komplikasi bayi terpaksa dilahirkan melalui pembedahan kerana Bienda sudah menanggung kesakitan berpanjangan selama 12jam.




Bayinya didapati didalam keadaan terlentang dengan lehernya telah dililit tali pusat. Pembedahan terpaksa dilakukan untuk menyelamatkan bayinya. Bienda terpaksa pasrah walaupun niatnya untuk melahirkan bayinya secara normal tidak kesampaian.

"Saya memang teringin bersalin secara normal tapi demi keselamatan bayi, saya reda dan bersyukur walaupun terpaksa menjalani pembedahan. Apabila saya dan suami membuat pemeriksaan minggu lepas, belum ada kontraksi yang membolehkan saya bersalin. Apabila pulang kerumah saya mula mengalami kesakitan yang berpanjangan selama 12 jam sehingga memaksa saya ke hospital semula pada Ahad".

"Alhamdulillah bayi telah dibenarkan pulang pada Rabu setelah ditahan selama empat hari akibat alahan kulit kemerahan dan kuning sedikit selepas dilahirkan.Kami sekeluarga cukup teruja dengan kehadiran orang baru dalam keluarga kami yang diberi nama Lavienda Namiraz", ujar Bienda.
Anak Bienda-Lavienda Namiraz
Nanti bolehlah kawan dengan anak Mawi & Ekin, Cahaya Malaika, sama usia.

Tiada ulasan: