Jumaat, 16 Mac 2012

Sinopsis Drama 3 Janji Slot Lestary TV3 & Barisan Pelakonnya

Demam Vanila Coklat sudah habis. Kini slot Lestary TV3 diisi dengan drama bersiri baru bertajuk 3 Janji. Antara pelakon utamanya ialah Liyana Jasmay, Shahrizal Jaszle dan Shah Iskandar. Turut sama menjayakan drama 3 Janji ni ialah Ana Dahlia, Idzham Ismail, Hanez Suraya, Ungku Ismail, Roy Azman, Rosnah Johari, Zara Zya. 


3 Janji diarahkan oleh pengarah Heykal Hanifah dan mula ditayangkan pada 20 Mac 2012 jam 9 malam setiap hari Selasa. 



Sinopsis drama 3 Janji
Mengisahkan Dalia (lakonan Liyana Jasmay) dan Khursyi yang berkawan sejak kecil. Tempoh perkenalan semenjak kecil menjadikan mereka berdua saling memahami dan menyayangi. Impian Dalia ialah menjadi penari tetapi Khursyi yakin Dalia akan berjaya sebagai doktor. Khursyi pula bercita-cita menjadi kaunselor yang hebat.

Hubungan mereka bertukar menjadi pasangan kekasih apabila Khursyi yang tidak dapat menafikan kasih sayangnya terhadap Dalia selepas berjaya menghalang rancangan jahat Elias (Idzham Ismail) terhadap Dalia. Kedua-dua keluarga juga merestui hubungan mereka dan merancang untuk berbesan apabila tiba masanya nanti.

Dalam perjalanan untuk mengambil keputusan SPM, Khursyi ditimpa kemalangan menyebabkan dia cedera parah dan tak sedarkan diri. Selepas tersedar, Khursyi bercakap tentang 3 janji yang pernah dibuat bersama Dalia sebelum ini. Dalia terharu dan bahawa kerana amat disayangi Khursyi. Pesan Khursyi lagi, andai mereka tiada jodoh, dia mahu Dali mencari lelaki yang boleh melaksanankan 3 janji itu.

Apabila Khursyi meninggal dunia, emosi Dalia berada dalam keadaan kurang stabil. Sekejap murung, sekejap gembira. Lantas, keluarga Dalia mengambil keputusan untuk berpindah ke Indonesia. Sepanjang berada di sana, Dalia tinggal besama maksunya, Adila (Hanez Suraya) sambil mengambil jurutan perubatan.

Dalia masih mengekalkan minatnya untuk menari. Tariannya telah menarik perhatian seorang jejaka, Yassin (Shah Iskandar) yang kebetulan ingin mengambil peralatan muziknya.

Sejak hari itu, Yassin sering mencari peluang untuk mendekati Dalia. Keikhlasan dan kebaikan Yassin akhirnya membuka hati Dalia untuk berkawan dengannya. Keprihatinan Yassin mengingatkan Dalia akan 3 Janji tersebut.

Bagaimanapun, Dalia menjadi keliru apabila berjumpa dengan jiran barunya, Kamil (Shahrizal Jaszle) yang wajah mirip dengan arwah Khursyi.

Di antara Yassin dan Kamil, siapakah cinta sejati Dalia? Kalau nak tahu, tontonlah drama 3 janji melalui slot Lestary, setiap selasa jam 9 malam, hanya di TV3.