Ahad, 8 April 2012

Dira Disiasat Polis-Sah! Memang Dia Pijak Muka Wanita Di Kelab Malam

HAMPIR seminggu nama pelakon serta pengacara popular, Dira Abu Zahar dipetik sebagai selebriti yang menyebabkan kecederaan terhadap pengunjung wanita sebuah kelab hiburan di Jalan Sultan Ismail, Sabtu minggu lalu.


Dia menafikan khabar angin itu dan meminta maaf kerana tidak dapat memberikan jawapan ke atas setiap persoalan yang ditujukan kepadanya.



Dira bagaimanapun ada menjelaskan, dia belum bersedia berbuat demikian kerana kes berkenaan sudah berada dalam siasatan pihak polis.


Pengadu, Hamizah Abd. Hamid, 29, membuat laporan polis di Balai Polis Ampang Jaya, Selangor tetapi kes tersebut diserahkan kepada Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.

Seperti juga Dira yang menganggap berdiam diri sebagai lebih baik, Hamizah, wanita yang mendakwa menjadi mangsa sepakan dan tendangan Dira dalam kejadian pukul 1.30 pagi, 1 April lalu itu juga enggan mengulas lanjut.

Dia bimbang jika maklumat yang diberikan boleh menimbulkan keraguan dan mengganggu siasatan polis.

"Saya tengah kusut memikirkan perkara ini. Buat masa ini biarlah pihak polis yang menjalankan siasatan.

"Apa pun, orang yang salah harus menerima hukuman setimpal. Apabila saya sudah bersedia, saya sendiri akan beritahu perkara sebenar kepada anda," jelas Hamizah menerusi satu SMS yang dikirimkan kepada Sensasi Bintang.

Hamizah dilaporkan terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Ampang berikutan cedera disepak di bahagian muka.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan pihaknya ada menerima laporan yang dibuat oleh Hamizah bertarikh 1 April 2012.

Memandangkan kejadian berlaku di daerah Dang Wangi, kertas siasatan laporan berkenaan dihantar untuk tindakan lanjut pegawai penyiasat Balai Polis Dang Wangi.

"Ya, kami memang menerima laporan yang dibuat oleh Hamizah yang mendakwa dipukul oleh seorang pengacara program televisyen popular, "Melodi", jelas Aminuddin.

Update 9 April 2012
Rabu lalu ada sumber polis memberitahu memang Dira terlibat dalam kes berkenaan. Nama Dira memang ada dalam laporan polis yang dibuat oleh mangsa dan pihak polis telah pun mendapat perintah untuk menyiasat kes tersebut sebelum merekodkan percakapan pengacara yang berusia 28 tahun itu.

Beberapa sumber stesen TV3 pula mendedahkan yang Dira memang berada di tempat kejadian pada malam berkenaan. Cuma insiden pijak dengan kasut tumit tinggi itu tidak diketahui kebenaran memandangkan polis sedang menyiasat kes berkenaan.

“Kalau tak salah aku, memang pihak pengurusan atasan sudahpun mengeluarkan arahan untuk merehatkan seketika Dira daripada program Melodi! ketika ini. Tak pasti sampai bila memandangkan kes ini masih disiasat.

“Cuma dalam kes ini kita tak tahu apa yang berlaku. Belum sah lagi Dira melakukan perkara berkenaan sebab siasatan masih dijalankan. Tidak adil untuk kita kata Dira bersalah sedangkan itu masih belum dibuktikan.

“Yang aku pelik kenapa dia keluarkan kenyataan menafikan perkara tu? Hilang kes pijak orang timbul kes menipu pula. Tak pasal-pasal kenyataan dia makan diri sendiri,” kata sumber ini lagi.


1 ulasan:

Suzie berkata...

x tau nak cakap apa ...

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/