Jumaat, 27 April 2012

Tengku Cleopatra Nama Anak Kedua Que Haidar & Linda Jasmine

Tahniah kepada pelakon Que Haidar apabila isterinya, Linda Jasmine telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.8 kilogram pada jam 1.28 petang, Khamis lalu.

Menurut sebuah portal berita, bayi yang diberi nama Tengku Cleopatra Haidar itu dilahirkan secara pembedahan di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur.

Linda memberitahu, dia sengaja melahirkan Cleo pada 26 April kerana dua anaknya yang lain turut dilahirkan pada tanggal 26 hari bulan. Anak pertama mereka, Qalif Khan, 12, dilahirkan pada 26 Januari 2000 sementara Tengku Ratu Haidar, 2, yang lahir pada 26 Oktober 2009.

Bagaimanapun, Linda belum bersedia mendedahkan wajah anaknya itu buat masa ini. Pasangan ini telah mengikat pada 14 Februari 2009.

1 ulasan:

Suzie berkata...

Kenapa lah letak nama tukan ...

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/