Jumaat, 27 April 2012

Gambar Kad Jemputan Perkahwinan Awal Ashaari & Scha-Pasangan Seia Sekata

Semalam ramai yang dah tengok gambar Pra Perkahwinan Awal dan Scha. Hari ini Awal dan Scha telah mula mengedarkan kad jemputan perkahwinan mereka pula. 'Simple but nice'
Awal & Scha pasangan Seia Sekata
 Scha atau nama sebenarnya Sharifah Norazean Syed Mahadzir  dan Awal atau Ahmad Awaluddin Ashaari akan melangsungkan pernikahan mereka pada 4 Mei depan di Hotel Pullman, Putrajaya.

Majlis resepsi kedua-dua mempelai pula akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 6 Mei 2012.

Kad kawin Awal & Scha
Sementara itu Scha dan Awal turut berkongsi tip dan kesibukan menguruskan persiapan perkahwinan mereka menerusi program Seia Sekata yang disiarkan selama setengah jam pada setiap hari Jumaat, pukul 9.30 malam bermula 13 April lalu menerusi saluran Astro Ria.


Program selama enam episod itu memaparkan detik manis beliau bersama bakal isteri melakukan persiapan sehingga pada hari pernikahan.



Bagi yang tidak dapat tengok Seia Sekata episod 1 bolehlah layan videonya dibawah