Isnin, 21 Mei 2012

Adi Putra Tarik Balik Permohonan Cerai

Pagi ini sepatutnya berlangsung kes permohonan lafaz cerai yang difailkan oleh pelakon Adi Putra di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan 13 Mei lalu



Namun menurut seorang wakil Pegawai Mahkamah Syariah, kes tersebut ditarik balik oleh Adi di mana pelakon tersebut telah menghantar borang penarikan balik kes kira-kira jam 8 pagi tadi.

Sumber cuba menghubungi Adi bagi mengetahui sebab-sebab penarikan tersebut tetapi pelakon Tentang Dhia itu memberitahu akan mengadakan satu sidang akhbar khas malam esok bagi menjelaskan mengenai perkara tersebut.

Update
Pelakon filem Anak Halal, Ady Putra hari ini mengambil keputusan untuk menarik balik permohonan cerai terhadap isterinya, yang difailkan di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada 11 Mei lalu.

Adi Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 31, dan Zuhaidah Yusof, 37, hadir bersama-sama ke mahkamah dan menyerahkan sendiri notis penarikan balik di kaunter mahkamah mengikut Subseksyen 95(1)) Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998.

Pasangan itu hadir untuk menghantar notis tersebut kerana mereka disyaratkan berbuat demikian sebelum kes disebut di hadapan Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosdi pada prosiding, hari ini.

Sejurus selesai prosedur tersebut, Adi Putra yang berpakaian baju Melayu kuning cair dan Zuhaidah yang berbaju kurung serta bertudung merah jambu kemudian bergegas meninggalkan pekarangan mahkamah Adi Putra yang dihubungi media mengesahkan perkara itu, namun enggan mengulas lebih lanjut berhubung perkara itu.

Aktor kelahiran Singapura berkata, dia dan isteri akan mengadakan sidang akhbar bersama media di Hotel Royal Park pada malam ini untuk menjelaskan hal berkaitan.

Adi Putra yang terkenal menerusi filem KL Gangster, Haq serta beberapa drama antaranya Tentang Dhia mencetuskan kontroversi apabila memfailkan permohonan cerai terhadap isterinya sepuluh hari lalu, selepas dua hari pulang dari mengerjakan umrah.

Permohonan dibuat mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan 1984 dengan menamakan Zuhaidah sebagai defendan.

Penolong Pendaftar Nur Ifzan Ibrahim kemudian menetapkan kes mereka disebut di hadapan Mohd. Suhaily semalam.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 14 April 2006 namun tidak dikurniakan cahaya mata sehingga sekarang.

Adi Putra dalam laporan media sebelum ini menafikan keretakan rumah tangga disebabkan ketiadaan anak mahupun kehadiran orang ketiga iaitu aktres Nora Danish.

2 ulasan:

Jai Montana berkata...

alhamdulillah ;-)

Rahmah Ram Ram berkata...

Alhamdulillah...semoga terus berbahagia dan kekal ke anak cucu...

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/