Isnin, 14 Mei 2012

Cuti Umum 20 Mei Di Kelantan

Kerajaan. Kelantan mengumumkan 20 Mei ini sebagai cuti peristiwa, sempena final Piala FA antara Kelantan dan Sime Darby FC di Stadium Bukit Jalil, sehari sebelum itu.

Cuti itu juga sebagai hadiah kepada rakyat Kelantan atas sokongan padu kepada skuad Bojan Hodak dalam misi The Red Warriors merebut Piala FA buat julung kali.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, cuti itu diberi sebagai rangsangan kepada penyokong untuk beramai-ramai ke Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Selain itu, kami memikirkan keselamatan penyokong sendiri. Kita tidak mahu selepas tamat perlawanan, mereka terus pulang dalam keletihan untuk bekerja keesokan harinya (Ahad),” katanya pada sidang media, semalam.

Abdul Fattah juga mengingatkan penyokong supaya tidak melakukan perbuatan yang boleh menjejaskan imej, sebaliknya menjaga nama baik Kelantan.

3 ulasan:

Huda berkata...

bestnya...semoga kelantan berjaya nanti.

pena rozie berkata...

bestnyer....

maszull berkata...

assalamualaikum CT...wah seronoknya org2 Kelantan dpt cuti...:)

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/