Sabtu, 12 Mei 2012

Sinopsis Teratak Shamsiah Cerekarama TV3-12 Mei 2012

Kepada pengemar slot Cerekarama TV3 saksikan telefilem Teratak Shamsiah yang akan disiarkan malam ini 12 Mei 2012.

Pelakon utama Teratak Shamsiah ialah Rita Rudaini, Diana Rafar, Jasmin Hamid, Azhan Rani dan Reza Hasbi.
Barisan pelakon Cerekarama Teratak Shamsiah di TV3
Sinopsis Cerekarama Teratak Shamsiah TV3
Teratak Shamsiah mengisahkan seorang wanita bernama Shamsiah berumur 32 tahun yang pindah ke bandar selepas anaknya, Maizura dapat menyambung pelajaran di asrama penuh ekoran daripada kejayaan cemerlang dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Shamsiah seorang yang ceria, lucu, peramah dan aktif dalam hal ehwal kemasyarakatan dan keagamaan.

Apabila berpindah ke kawasan taman perumahan itu, dia mahu mengimarahkan surau di situ dengan beberapa aktiviti dan budaya Melayu. Bagaimanapun, Shamsiah kecewa apabila kali pertama ke surau, hanya ada seorang jemaah wanita dan beberapa orang jemaah lelaki.

Che Ah seorang chef sering ke surau. Dia gembira menyambut kehadiran Shamsiah dan mereka jadi rapat. Che Ah mengatakan memang beginilah keadaannya selalu dan memang susah untuk menarik kaum wanita kerana mereka lebih suka pergi ke kelas kecantikan diri salon Datin Sally.

Sementara itu Maizura mula rimas dan malu apabila Shamsiah sering ke sekolah barunya untuk mengetahui perkembangan Maizura dan dengan siapa Maizura berkawan. Mereka hadapi konflik tetapi Firdaus iaitu anak Datin Sally yang bersekolah di situ banyak menasihati Maizura betapa beruntungnya Maizura memiliki ibu yang prihatin tidak seperti ibunya yang sibuk dengan bisnesnya saja. Maizura yang sememangnya meminati Firdaus menerima nasihatnya itu.

Shamsiah terus sabar dan tabah memikirkan cara lain bagi menarik kaum wanita ke surau dalam pelbagai cara yang mencuit hati, sambil dibantu Maizura dan Firdaus yang menjadikan mereka semakin intim. Usahanya itu berjaya sedikit kerana jika dulu hanya dua jemaah kini sudah 10. Antara yang paling kerap dan menjadi rapat ialah Che Ah, Leha dan Kiah. Secara curi-curi Che Ah tidak lagi ke salon Datin Sally. Semakin ramai yang mula mengenali dan ingin mendekati Shamsiah. Datin Sally semakin cemburu dan menabur pelbagai fitnah pada Shamsiah. Konflik berlaku antara Datin Sally dan suaminya Datuk Mahathir yang mula ke surau dan membantu kegiatan serta menderma pada surau terutama bahagian muslimah.



1 ulasan:

maszull berkata...

assalamualaikum Ct....best n tengok la mlm nanti...:)