Jumaat, 4 Mei 2012

Gambar Majlis Berinai Awal Ashaari & Scha Al-yahya

Selepas acara pernikahan, pasangan pengantin baru Awal dan Scha bersanding pula untuk majlis berinai.

Hanya dengan sekali lafaz, pasangan popular Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Syed Kechik (Scha), 29, dan Ahmad Awalluddin Ashaari (Awal), 30, sah bergelar suami isteri. Pasangan ini dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan dengan mas kahwin berjumlah RM2,050 di Pullman Lakeside, Putrajaya kira-kira jam 9.15 malam tadi.
Majlis berinai Awal dan Scha
Selain mas kahwin, Scha turut menerima wang hantaran yang dirahsiakan jumlahnya berserta tujuh dulang hantaran yang terdiri daripada set barangan Lazard Diamonds, sirih junjung dan bunga rampai, senaskah Al-Quran, sepasang persalinan, sepasang kasut Christian Louboution dan beg tangan Dior, kurma dan kek.

Manakala Awal menerima sembilan dulang hantaran yang terdiri daripada sirih junjung dan bunga rampai, senaskah Al-Quran, sebuah Mac Book, dompet Bottega Veneta, sepasang kasut Hermes, seutas jam tangan Cartier, sepasang baju Melayu, coklat dan kek.

Sebelum dinikahkan, pasangan ini diberikan khutbah nikah oleh Pegawai Agama, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Putrajaya, Ustaz Mohd. Salman bin Idris.

Dalam majlis yang hanya dihadiri oleh saudara-mara dan kenalan rapat ini, Scha dan Awal mengenakan sepasang persalinan berona putih rekaan Saiful Baharim.

Selesai akad, pasangan pengantin menyempurnakan majlis berinai. Mereka mengenakan persalinan rekaan Rizman Ruzaini berkolaborasi dengan Atiqah’s Songket.

Pasangan pengantin baru ini akan diraikan dalam satu majlis resepsi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya Ahad ini.
Busana majlis berinai Awal & Scha rekaan Rizman Ruzaini
Majlis berinai Awal & Scha menggunakan Songket warna hijau tajaan Atiqah Songket 
Scha Al yahya berseri di majlis berinainya

2 ulasan:

maszull berkata...

assalamualaikum CT...tahniah buat pengantin baru...:)

Liyana Iskandar berkata...

sama cantik .. sama padan kedua mempelai .. :))