Jumaat, 4 Mei 2012

Gambar Sekitar Majlis Akad Nikah...Seia Sekata Scha & Awal.

Setelah hampir tiga tahun menyulam kasih dan mengenali hati budi masing-masing, pasangan selebriti romantik, Scha Alyahya dan Awal Ashaari (SchAwal) akhirnya mengambil keputusan memeterai kisah cinta mereka dengan ikatan yang suci.

Hari ini adalah tarikh keramat buat SchAwal untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri yang sah, di mana acara bersejarah ini disiarkan secara langsung lagi serentak menerusi Astro Ria (saluran 104), Astro Awani (saluran501) dan Astro Ria SingTel mio TV (saluran 34) menerusi program Akad Nikah...Seia Sekata SchAwal.

Disebabkan masalah teknikal siaran langsung tidak dapat disiarkan. Rakaman
Akad Nikah Seia Sekata Schawal akan bersiaran pada 12.30 tengah hari ini, 5 Mei 2012 diAstro Ria.
Awal & Scha sebelum majlis akad nikah
Awal & Scha memasuki dewan
Pelakon dan pengacara TV, Awal Ashaari telah selamat diijab kabulkan dengan pasangannya Scha Al Yahya dengan sekali lafaz di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside, di sini sekitar jam 9.15 malam tadi.

Acara dimulakan dengan upacara berbalas pantun mengikut adat tradisi orang Melayu lama oleh kedua-dua belah pihak. 

Majlis akad nikah telah disempurnakan oleh bapa Scha Al Yahya sendiri, Syed Mahadzir Syed Kechik Al Yahya yang juga merangkap sebagai pemberi akad nikah dan wali dengan dibantu Pendaftar Perkahwinan dan Rujuk Jawi Putrajaya, Ustaz Mohd Salman Idrus.

Acara sempurna dengan pemberian mas kahwin sebanyak RM2,050 dan hantaran daripada pihak lelaki sebanyak tujuh dulang dan dibalas sembilan dulang daripada pihak perempuan.

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 250 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.

Turut diserikan rakan artis seperti Farah Fauzana, Sazzy Falak, Dynaz Mokhtar, Syazwan Zakariah.
Scha diatas pelamin ditemani oleh ibunya
Mas kawin Scha sebanyak RM2,050
Awal & Scha di acara membatalkan air sembahyang


Selamat pengantin baru Awal & Scha
Gambar dari ohbulan.com snfanclub


Gambar dari beautifulnara.com gua.com.my rotikaya.com

 




1 ulasan:

maszull berkata...

assalamualaikum CT...sama cantik sama padan...:)

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/