Rabu, 6 Jun 2012

Gambar Majlis Pernikahan Nurul Wahab Dan Eric Depp

Hanya dengan sekali lafaz, Nurul Huda Abdul Wahab atau mesra disapa Nurul sah menjadi isteri kepada Eric Depp atau nama Islamnya Eric Daniel Depp tepat jam 12.20 tengahari. Acara ijabkabul berlangsung di satu majlis penuh eksklusif sekitar jam 10.30 pagi (Rabu) bertempat di Dutches Place, Jalan Ampang. Seramai 200 tetamu jemputan telah hadir memeriahkan majlis tersebut.
Eric Depp sah menjadi suami kepada Nurul dengan sekali lafaz
Majlis akad nikah telah disempurnakan oleh kadi dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Ustaz Azizan Othman bersama mas kahwin sebanyak RM80 dan hantaran Euro 5,000 atau RM20,000.

Pihak pengantin perempuan turut menerima lima bentuk hantaran daripada pihak pengantin lelaki, manakala Eric Depp telah menerima tujuh hantaran sebagai balasan.

Lebih meriah apabila acara telah dihadiri kedua ibu bapa Eric Depp iaitu Roland Depp dan Germaine Depp yang tiba dari Perancis, manakala sebahagian besar keluarga Nurul Wahab telah sampai dari Pulau Pinang sejak petang semalam.

"Memandangkan Eric adalah anak tunggal dalam keluarganya, InsyaAllah jika diizinkan Allah kami mengidamkan untuk memiliki dua atau tiga cahaya mata. Semua itu terserah kepada rezekiNya,' katanya Nurul terharu.

Majlis telah diacarakan oleh dua teman rapat Nurul Wahab iaitu personaliti TV dan juga penulis lagu popular Shah Shamshiri serta turut ditemani Ieda Moin menggunakan tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris dan Perancis.

Bagaimanapun pasangan ini tidak akan mengadakan sebarang majlis resepsi sebaliknya keluarga pihak lelaki akan meraikan perkahwinan mereka dalam sebuah majlis di Bali, Indonesia pada 14 Jun depan

Nurul diatas pelamin ditemani oleh anaknya

Majlis menyarungkan cincin membatalkan air sembahyang
Kek perkahwinan Nurul dan Eric
Pelamin perkahwinan Nurul dan Eric
Eric Depp bersama ibubapanya
Selamat pengantin baru Nurul dan Eric

4 ulasan:

SP (spudinpunya) berkata...

what can i say ? congrats ..huhu

maszull berkata...

assalamulaikum CT...tahniah buat Nurul n suaminya...:)

~~zana@pb~~ berkata...

Maintain hantarannya puluh ribu lagi ye? tahniah Nurul, moga berkekalan.

Beckhrooy berkata...

tahniah!

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/