Selasa, 5 Jun 2012

Majlis Pernikahan Nurul Wahab Dan Eric Depp Menggunakan 3 Bahasa

Saat ini, pastinya hati insan bernama Nurul Huda Abdul Wahab atau mesra disapa Nurul, 35, sedang berbunga-bunga, gembira bercampur gementar, menanti detik bahagia. Kurang lebih, 24 jam saja lagi penyanyi hitam manis ini bakal menamatkan status ibu tunggal yang telah dipegang selama enam tahun. Penyanyi yang popular dengan lagu Cinta Azali ni bakal berkahwin dengan jejaka pilihannya, Eric Depp atau nama Islamnya Eric Daniel Depp, 47, seorang berketurunan Perancis.
Nurul Wahab bakal bernikah dengan Eric Depp
Acara ijabkabul akan berlangsung di satu majlis penuh eksklusif sekitar jam 10.30 pagi (Rabu) bertempat di Dutches Place, Jalan Ampang. Dijangka seramai 200 tetamu jemputan yang akan hadir.

Lebih istimewa majlis pernikahan itu nanti akan dilangsungkan dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris dan Perancis sebagai memudahkan pemahaman para tetamu yang datang dari pelbagai bangsa.
Gambar terbaru Nurul dan Eric
Nurul Wahab berkata acara pernikahnnya itu nanti akan diacarakan oleh personaliti TV dan penulis lagu, Shah Shamsiri serta teman rapatnya Ieda Moin menggunakan tiga bahasa.

"Shah Shamsiri merupakan kenalan saya dan dia sememangnya fasih dalam bahasa Perancis dan juga Inggeris. Manakala Ieda Moin akan menjadi pengacara bersama Shah Shamsiri menggunakan Bahasa Melayu.

Difahamkan ibu bapa bakal suaminya telahpun sampai dari Perancis pada 25 Mei lalu. Begitu juga anaknya Ayu Nazirah, 14 yang juga telah menemani Nurul Wahab bagi membuat persiapan bersama-sama sejak bermulanya cuti sekolah.

Nurul yang bakal menyarungkan persalinan indah rekaan Rizman Ruzaini, manakala bakal suami akan menggayakan sut rekaan Bon Zainal.

Dikhabarkan juga sebanyak enam individu telah sudi untuk menaja perkahwinannya nanti iaitu Rizman Ruzaini, Bong Zainal, Jakel, Zaha Weeding Planner, Deqsha dan Duchess Place.

Bagaimanapun pasangan ini tidak akan mengadakan sebarang majlis resepsi sebaliknya keluarga pihak lelaki akan meraikan perkahwinan mereka dalam sebuah majlis di Bali, Indonesia pada 14 Jun depan.
Gambar Eric Depp, bakal suami Nurul Wahab

Gambar Majlis Pernikahan Nurul Wahab Dan Eric Depp

4 ulasan:

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) berkata...

tahniah nurul yee..

Farah Shamsudin berkata...

tahniah untuk mereka..

LydSunshine berkata...

Artis2 malaysia yang kulit gelap dan muka ala2 negro selalu mat saleh yg suka. Mcm ning, siti sarah... heheh. Semoga Allah memberi mereka yg terbaik.

maszull berkata...

assalamualaikum CT...tahniah buat Nurul ...:)

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/