Isnin, 11 Jun 2012

Pelakon Osman Kering Kritikal DiHUKM Belum Meninggal Dunia

Isteri Osman Kering, Che Norhayati Che Omar, 48, menafikan khabar angin yang tersebar di sebilangan blog hiburan dan laman sosial bahawa suaminya meninggal dunia.

Sebaliknya pelawak dan pelakon yang nama sebenarnya, Osman Kassim, berada dalam keadaan kritikal dan masih dirawat serta menggunakan bantuan mesin pernafasan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). hmetro.com

Update 12 Jun 2012
Pelakon dan pelawak, Osman Kering berada dalam keadaan kritikal akibat penyakit komplikasi paru-paru dan sedang dirawat di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini.

Osman Kering atau nama sebenarnya Osman Kassim, 58, dimasukkan ke hospital itu pada pukul 6.45 petang ini selepas rebah di rumahnya di Bandar Seri Permaisuri, Cheras akibat sesak nafas dan batuk kering.

Isterinya, Che Norhayati Che Omar, 48, mengesahkan perkara itu sekali gus menolak dakwaan dan khabar angin mengatakan bahawa suaminya telah meninggal dunia.- UTUSAN


Tiada ulasan: