Selasa, 12 Jun 2012

Pergaduhan Tasha Shila, Anzalna Dan Neelofa-Zed Zaidi Bawa Ke Jawatankuasa Disiplin Seniman

Sikap tiga orang artis iaitu Tasha Shila, Anzalna dan Neelofa yang bertelagah akan memakan diri apabila tawaran berlakon ke atas mereka disekat sekiranya didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin yang bakal ditubuhkan oleh Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).


Presidennya Zed Zaidi berkata, menerusi jawatankuasa tersebut, pihaknya akan memanggil mereka untuk menyiasat apakah punca sebenar mereka bertelagah yang secara langsung mencemarkan nama baik dunia artis tempatan.

 "Sekarang ini semakin ramai artis terutamanya bakat baru gemar meluahkan rasa tidak puas hati terhadap artis lain atau bergaduh sesama sendiri menerusi ruangan laman sosial seperti 'Facebook' dan 'Twitter'.

"Pertelagahan antara Tasha, Anzalna dan Neelofa adalah contoh terbaru, dan kelakuan itu menunjukkan mereka terlalu mengikut emosi. Sebab itu pihak Seniman bersikap tegas dan akan menubuhkan jawatankuasa tersebut secepat mungkin.

"Dengan langkah menyekat tawaran berlakon untuk mereka, ia akan memberi pengajaran kepada mereka dan artis-artis lain agar hal sebegini tidak akan timbul lagi pada masa akan datang," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Zed diminta mengulas mengenai laporan sebuah akhbar yang mendakwa pelakon Neelofa telah memburuk-burukkan dua rakannya iaitu Anzalna dan Tasha.

Episod pergaduhan artis berkenaan tercetus apabila Neelofa kononnya telah meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan kemenangan Tasha sebagai Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH) menerusi sebuah akhbar mingguan.

Kejadian itu bertambah panas apabila pada Ahad lalu Anzalna pula menempelak Neelofa dengan mendakwa pelakon itu suka memburukkannya di laman sosial.

Dalam pada itu tambah Zed, walaupun jawatankuasa disiplin itu belum lagi ditubuhkan, ketiga-tiga artis berkenaan serta individu lain yang mempunyai masalah sesama sendiri boleh merujuk kepada pihak Seniman sekiranya sukar untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi.

"Buat masa ini pihak kami tidak boleh masuk campur melainkan artis-artis ini yang datang kepada Seniman untuk selesaikan masalah.

"Bagaimanapun, andai kata kes mereka terlalu serius sehingga dibawa naik ke mahkamah, pihak kami akan campur tangan untuk menyelesaikannya," tegasnya.

Dalam pada itu, pihak Seniman juga sedang merancang untuk menganjurkan sebuah kursus komunikasi buat artis-artis yang baru menyertai industri seni hiburan agar isu-isu mengenai disiplin tidak akan timbul lagi.

Mengikut syarat, semua artis di negara ini perlu menjadi ahli Seniman sebelum boleh diambil berlakon.
Isu Anzalna VS Neelofa-Hans Isaac Bersuara Kutuk Wartawan Zubir BH
Sidang Media Neelofa-Beri 7 Hari Kepada Anzalna Tunjukkan Bukti

9 ulasan:

skuterlady.blogspot.my berkata...

bagus la tu...

Rosniena berkata...

memang wajar diambil tindakan tatatertib, ini cara utk mendisiplinkan artis, artis ni menjadi perhatian umum dan perlu tunjuk teladan yang baik.artis muda remaja sekarang ni lebih ramai kejar glamour saja

Hudalatip berkata...

ntah apa2, tak kuasa nak layan..

Unknown berkata...

berlakon ala kadar ada hati nak gado2..
gosip murahan semuanya!

kim berkata...

dasar retis...

Jujurara berkata...

aik berperang suda??masalah..kerana mulut..aiyakkk...

Beckhrooy berkata...

ada ke peraturan yang boleh menyekat mereka berlakon..

Suzie berkata...

Kenal nealofa je 2 lagi tak kenal ...hehehe

Shiqin Sunshine berkata...

eyhh macam2..huhu....susah nye jadi artis ni =p