Isnin, 11 Jun 2012

Terkini! Pelakon Osman Kering Meninggal Dunia

Baru sahaja menerima pengesahan daripada beberapa orang terdekat yang pelawak & pelakon veteran Osman Kering sudah meninggal dunia awal malam ini.

Menurut anak lelaki Osman Kering, bapa beliau meninggal dunia sekitar jam 7.00 malam tadi & jenazah allahyarham kini berada di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Info dari rotikaya.com
Update 
daripada maklumat lain yang diterima pula pelakon & pelawak, Osman Kering belum meninggal...kini sedang tenat! Akan di update lagi.
Pelakon Osman Kering Kritikal DiHUKM Belum Meninggal Dunia


Update 29 Jun 2012
Pelakon dan pelawak, Osman Kassim atau Osman Kering, 58 meninggal dunia kira-kira jam 3.45 petang, hari ini selepas koma di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), sejak 10 Jun lalu.

Anaknya, Norain, 25, berkata doktor mengesahkan bapanya meninggal dunia selepas mendapati otak dan pernafasannya gagal berfungsi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi tujuh anak serta balunya, Nor Hayati Che Omar, 48.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

innalillah

Unknown berkata...

al fatihah

greenpapa.com berkata...

inallilahiroujiun"