Sabtu, 7 Julai 2012

Promosi Arak Ramadan Sales Menghina Islam

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengecam tindakan sebuah pasar raya yang menjadikan minuman keras sebagai promosi Ramadan, bulan yang dianggap mulia dan bulan ibadah puasa umat Islam.

Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr. Maamor Osman berkata, tindakan pasar raya di Sri Petaling, Selangor itu sebagai menghina agama Islam dan sengaja dilakukan untuk menguji kesabaran umat Islam.
Minuman jenama carlsberg dijual murah sempena ramadhan

Katanya, perkara itu bukan insiden pertama berlaku. Ini kerana tahun lalu sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris turut menyiarkan iklan berbuka puasa yang mempromosikan masakan haram berasaskan babi.

Juadah Ramadan masakan daging khinzir-The Star

“Sesuatu yang tidak masuk akal rakyat Malaysia tidak tahu ini berkaitan dengan sensitiviti umat Islam dan kita dapati bahawa ini disengajakan dan perbuatan sengaja ini sebenarnya telah mencabar dan menghina umat Islam.

“Pihak yang bertanggungjawab jangan tunggu sampai orang berdemo buat bantahan, mereka mesti mengambil tindakan. Ini kerana jika tindakan tidak diambil dan hanya amaran diberi ia seolah-olah mengalakkan mereka untuk terus melakukannya,” tegas beliau.

Dalam temubual eksklusif bersama UTUSAN ONLINE, beliau meminta umat Islam mengunakan kuasa mereka sebagai pengguna untuk memboikot barangan tersebut agar agama dan umat Islam tidak terus diperlekehkan. - klik untuk lihat video

Tiada ulasan: