Rabu, 12 September 2012

Beribu Ulat Bulu Serang Sekolah Di Sentul

Beribu-ribu ulat bulu ditemui memenuhi kawasan sekitar pondok keselamatan dan tempat pejalan kaki sebuah sekolah di Sentul di sini.

Serangga ulat bulu berwarna hitam bersaiz tiga hingga lima sentimeter itu dilihat merayap di sepanjang tempat pejalan kaki sekolah berkenaan.

Menurut pengawal keselamatan sekolah tersebut yang enggan disebut namanya ketika ditemui berkata ulat bulu itu telah memenuhi kawasan tersebut sejak seminggu yang lalu.
Ulat bulu hitam-gambar hiasan
"Saya sudah bekerja dua tahun di sini dan ini pengalaman kali pertama saya melihat ulat bulu yang sangat banyak seperti ini," katanya.

Beliau berkata ulat bulu tersebut boleh menyebabkan gatal apabila disentuh.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Pertahanan Awam Malaysia berkata, empat orang anggota jabatan itu digerakkan ke sekolah terbabit setelah dihubungi guru besarnya.

"Kami telah menjalankan operasi selama satu jam 30 minit menyembur racun serangga dan membakar ribuan ulat bulu itu," katanya ketika dihubungi.





Katanya, punca kehadiran ulat bulu di kawasan sekolah itu belum dikenal pasti dan sedang disiasat.

Sebelum ini, sebuah sekolah rendah di Kota Tinggi, Johor, terpaksa ditutup selama dua hari juga akibat gangguan ulat bulu. - Bernama


Tiada ulasan:

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/