Khamis, 6 September 2012

Kenapa Nurul Syuhada Nurul Ain Letak Jawatan Di TV3?

Setelah mendapat kecaman dari berbagai pihak mengenai isu negeri Bintulu 'daif' yang dikatakannya semasa siaran lintas langsung Perarakan Hari Kemerdekaan ke-55 pada Jumaat lalu berkenaan pemilihan lokasi sambutan Hari Malaysia, kini khabar terbaru mengenai pengacara TV3, Nurul Ain Nurul Syuhada dikatakan telah menghantar notis perletakan jawatan berkuatkuasa hujung September ini.
Nurul Syuhada sudah memakai hijab
Namun begitu masih tidak dapat dipastikan sama ada perkara ini berkaitan dengan isu ‘daif’ yang pernah timbul sebelum ini atau sebaliknya.

“Tidak dapat dipastikan sama ada perletakan jawatan itu ada hubung kait dengan krtikan beberapa pihak atas kenyataan Bintulu daif yang dibuatnya baru-baru ini atau sebab mendapat tawaran kerja yang lain,” kata sumber berkenaan.

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan meminta Nurul membuat permohonan maaf secara terbuka atas kenyataannya semasa satu program secara lintas langsung stesen itu yang menyatakan Bintulu sebagai sebuah kawasan daif.

Berikutan itu, Nurul menerima kecaman yang agak hebat. Namun begitu pengacara tersebut bersikap profesional dan matang dengan mengakui kesilapan tersebut dan memohon maaf dengan segera. Pihak pengurusan TV3 juga turut mengambil langkah yang sama dan pernah menyiarkan permohonan maaf itu melalui saluran berita kendalian TV3, Buletin Utama.

Permohonan maaf Nurul itu kemudiannya diterima semua pihak termasuk masyarakat Sarawak sebagai satu kesilapan yang tidak disengajakan.

Sumber: MyNewsHub

Update 7 Sept 2012
Pengacara dan wartawan penyiaran terkenal TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd. Zin, 28, membuat keputusan drastik untuk meletakkan jawatan sebagai kakitangan sepenuh masa di stesen televisyen berkenaan mulai hari ini.

Menurut Nurul Syuhada, keputusan yang dibuatnya itu sudah lama dipertimbangkan dan langsung tidak ada kena-mengena dengan isu kontroversi yang membabitkan dirinya.

"Saya pasti ramai yang akan memberi persepsi peletakan jawatan saya ini berkaitan dengan kontroversi baru-baru ini, tetapi saya ingin tegaskan ia memang tidak berkaitan langsung dengan apa yang telah berlaku.

"Lagipun saya sudah menghantar surat peletakan jawatan kepada pihak pengurusan sebulan yang lalu dan esok (hari ini) merupakan hari terakhir saya sebagai kakitangan sepenuh masa dengan TV3," ujarnya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Media Prima di Pusat Konvensyen Sime Darby di sini semalam.

Beliau memulakan tugas bersama TV3 sebagai pengacara rancangan Nona pada 1 Januari 2006 setelah muncul sebagai juara program realiti televisyen, Malaysian Top Host pada tahun sebelumnya.

Nurul Syuhada merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Marin dari Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (Kustem) di Terengganu. Kustem kini dikenali sebagai Universiti Malaysia Terengganu.

Pada bulan Julai tahun lalu, pengacara kelahiran Seremban, Negeri Sembilan itu mendirikan rumah tangga dengan Raja Amir Shah Raja Azwa, 30, seorang pegawai bank setelah menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun.

Menurut Nurul Syuhada, dia mengambil keputusan meletak jawatan kerana mahu memberi lebih tumpuan kepada keluarga.

Beliau juga bercadang untuk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana sama ada dalam bidang psikologi atau tamadun Islam.

Jelasnya, setelah enam tahun berkecimpung dalam dunia kewartawanan dan pengacaraan, beliau merasakan sudah tiba masanya untuk berehat serta mengikut kehendak suaminya supaya tidak terlalu aktif dengan kerjaya.

"Saya memang sudah meletakkan jawatan sebagai kakitangan sepenuh masa TV3 tetapi selepas ini saya hanya akan terlibat sebagai pengacara rancangan Malaysia Hari Ini," jelasnya.

Katanya, keputusan tersebut juga sedikit sebanyak dipengaruhi oleh hasrat suaminya untuk menimang cahaya mata setelah lebih setahun mendirikan rumah tangga.
Gambar terbaru Nurul Syuhada pengacara TV3

4 ulasan:

Kumbang Jingga berkata...

bukan senang nk jadi wartawan

Ramli Ahmad berkata...

dugaan utk dia..tabah ya..My latest entry 9 Jawatan Kosong Kerajaan Terkini 2012

kak mah berkata...

Orang yang bijak akan mengakui kesilapannya.

teratai berkata...

Kebetulan je tu...semoga nurul syuhada berbahagia dengan keputusan yg diambil. Amat menyukai melihat beliau mengacarai Nona dan Majalah 3...

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/